Saya mulakan perkongsian saya ini dengan nama tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Tuhan yang menakluk sekalian alam, Tuhan yang mencipta segala isi langit dan bumi. Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan dan rahmatNya, inshaAllah.
Another suicide attempt episode was successfully passed. It was hard. It was heavy. Far from that… I survived.
Alhamdulillah. 3 years ago, I was diagnosed with Post Traumatic Stress Disorder (PTSD) and Dissociative Identity Disorder (DID) and being suffering for this illness for almost 10 years. Straight to the point, I was being raped by my mathematics teacher when I was 13 years old. Try hard to tell people around me, family, friends, teachers, but they didn’t believe me at all. Saya masih ingat, selepas kejadian ‘hitam’ tersebut, saya cuba memberitahu cikgu di sekolah saya.
Awalnya, guru tersebut percaya dan berjanji untuk menolong saya. Tapi, entah macam mana, pertolongan yang diharapkan tidak kunjung tiba. Guru tersebut tiba-tiba diam dan menjarakkan diri dari saya. Saya juga masih ingat, saya pernah cuba bagitau saudara kembar saya. Ayat saya pada waktu itu, “Cikgu tu buat dekat kakak”, tak reti nak cerita apa sebenarnya yang jadi.
Kenapa tak bagitau mak dengan ayah? The answer is, I don’t know.
Just imagine, seorang budak perempuan berumur 13 tahun, too innocent too naïve to tell the story to others, tak reti nak bagitau tak reti nak sampaikan. Akhirnya, cerita itu hanya terpendam dalam diri saya seorang.
Bermulah episode depresi yang sangat teruk. Saya murung, sedih seorang diri, hari-hari yang berlalu hanya terperap dalam bilik, selalu kena marah dengan family, sebab selalu berkurung dalam bilik. Pemalas, tak tolong buat kerja rumah, macam-macam lah.
Hubungan dengan adik beradik makin renggang. Dikata saya yang menjarakkan diri, tapi keadaan saya masa tu, nak tengok muka sendiri dekat cermin pon tak sanggup.
Pelajaran mula merosot. Teruk. Dari bekas pelajar cemerlang UPSR, ke pelajar makin corot. Saya mula bermasalah dengan nombor. Saya tak tahu kenapa saya sangat benci dengan matapelajaran matematik. Saya mula mengalami perkara-perkara aneh bila saya cuba untuk menyiapkan kerja sekolah matematik.
Keadaannya, bila saya melihat nombor, saya nampak nombor-nombor itu bertindih-tindih, penglihatan akan jadi kabur, dan kepala saya mula akan sakit. At the end, when it comes to numbers, I will avoid. Sampai lah ke form 3, entah macam mana, saya kembali buka cerita hitam tersebut pada seorang guru, saya percaya dia akan percaya kejadian tersebut.
Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Guru itu langsung tidak percaya akan saya, malah mengatakan saya saja mereka cerita sebab saya sukakan cikgu itu. Cikgu tu cakap lagi dekat saya, kalau betul kejadian tu berlaku, itu adalah memori hitam dalam hidup saya, dan minta saya lupakan, siap pesan lagi dekat saya, jangan beritahu dekat cikgu-cikgu lain.
What? Dia sebagai seorang guru, kenapa tak ambil tindakan apa-apa? Semudah tu je ke? Kenapa tak siasat dulu? Kenapa tak tanya betul-betul apa yang jadi? Kenapa tak report dekat pengurusan sekolah? Kenapa tak panggil mak ayah saya untuk bawa bincang?
Kenapa, kenapa, kenapa?
Sampai ke hari ni, bila diingat kembali, mesti otak saya jadi tepu, tak boleh nak fikir kenapa lah tindakan cikgu tersebut hanya itu. Saya masih ingat, saya bertembung dengan kaunselor, saya terus memberitahunya, saya ingin berjumpa dengannya, tapi cikgu tersebut dengan tergesa-gesa berlalu dan menjawab, cikgu busy, tak dapat jumpa kamu.
From that time, I know the story ‘ saya mereka cerita mengatakan cikgu yang paling baik paling alim di sekolah saya, merogol saya sebab saya sukakan cikgu itu’ telah tersebar meluas. Semua cikgu mengata dan bercakap-cakap tentang buruk saya.
Saya pelik, kaunselor tahu cerita ni, tapi tak pernah panggil saya, berdepan dengan saya sendiri. Bukankah cerita ini sangat sensitif? Saya jadi sangat marah. Kenapa tidak ada satu orang pon yang hendak dengar masalah saya.
Sedangkan, semua orang tahu, cikgu jahat tu, memang selalu bawa student perempuan balik ke rumahnya. SELALU.
Kenapa cikgu-cikgu lain jadi bisu tentang isu tu? Bukan kan sangat tidak beretika seorang guru lelaki, bujang, bawa student perempuan balik ke rumahnya? Doesn’t it sounds like something is wrong????
Dan saya adalah salah seorang dari pelajar-pelajar perempuan yang dibawa pulang ke rumahnya!
Mana mungkin orang nak percaya, cikgu jahat tu sangat baik peribadi luarannya. Selalu bercakap tentang hal-hal agama. Pandai tutup ‘iblis’ dalam diri. Saya jadi sangat marah, geram, sakit hati dengan semua orang sekeliling saya.
The situation on that time was hard, very very hard. I don’t know how to describe my condition on that time. Saya jadi pemarah, saya memberontak dalam diam, selalu lawan cakap mak ayah, selalu bergaduh dengan adik-beradik, tak hiraukan apa yang berlaku di rumah, you name it, everything that was bad, it is me.
Sampailah saya mula cut my wrist. The stress, the depress, and the suppress keep on repeating until I start to develop another personality in me to cope the situation that I can’t face anymore.
I don’t know my condition on that time adalah kecelaruan mental. Saya tak tahu saya sakit. Saya tak tahu pon keadaan saya masa tu sangat kritikal. Saya tak faham dengan diri saya.
Alihnya, saya merasa dunia ini terlalu kejam untuk saya. Selepas tamat tingkatan , saya bertukar sekolah. Episod pertukaran identity makin kerap berlaku. Disusuli dengan episode lupa dan tak tahu apa yang berlaku. Entah macam mana, saya jadi pengawas sekolah. Naik form 5, entah macam mana, saya dah jadi Ketua Pelajar Perempuan! Semuanya berlaku dalam keadaan saya tidak sedar.
Cuma, yang saya ingat, saya dapat rasa dalam diri saya ni, ada orang lain selain saya. Saya rasa macam tu. Tapi apa yang mampu saya buat? Menghampiri ke peperiksaan SPM, keadaan kesihatan mental saya semakin memburuk. Saya kerap pengsan di sekolah. Boleh dikatakan setiap hari saya pengsan.
Pergi hospital, check up segala-galanya, tapi semua normal. Tak tahu apa masalah. Lagi episod depresi berulang. Episod self harming pon berlaku sangat kerap waktu tu. Pernah cikgu kaunseling saya melihat tangan saya yang penuh dengan calar-calar, tapi tiada tindakan.
Sekali lagi saya dilanda pelik yang amat sangat? Bukan ke bila ada ‘cut wrist’ macam tu symptom kecelaruan mental? Bukan ke perlu dirujuk ke doctor psikiatri? Cikgu kaunseling tu tak belajar pasal kesihatan mental ke dulu?
Entah lah, memang BIG WHY betul dalam kepala saya masa tu.
Ayah makin buruk sangka dengan saya. Dikata saya buat-buat sakit dan nakkan perhatian semata, lemah sangat, tak cukup zikir, tak solat malam, tak kuat semangat, macam-macam, itulah yang ayah saya selalu cakap dekat saya. Sebab tak tahan duduk dekat rumah, saya bawa diri ke rumah bapa saudara saya.
Sebulan sebelum exam, saya tak jumpa langsung family saya. Mengharapkan ayah datang jenguk, pon tidak. Sebulan bapa saudara saya cuba bawa saya berjumpa dengan ustaz untuk rawatan islam. Saya langsung tak boleh nak focus pada exam SPM, setiap paper berlalu macam angin lalu saja. Lantak lah apa nak jadi, saya sangat-sangat tertekan waktu itu.
Berlalu lah waktu sehingga saya akhirnya melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma.
Dengan result SPM yang teruk, tidak lah ke mana pon saya ni. Tapi syukur, Allah masih izinkan saya untuk belajar. Segala yang berlaku ada hikmahNya. Episod pertukaran identiti, lupa apa yang jadi, ‘cut wrist’ malah lebih extreme saya ‘overdose’.
Itulah titik mula saya ke mula berjumpa dengan doktor psikiatri. Itulah kali pertama mak dan ayah saya dipanggil. Tapi pertemuan itu pon berlalu macam angin lalu juga, Entah lah, ayah langsung tidak respon apa-apa. Pulang ke rumah, langsung tidak tanya apa-apa, apatah lagi hendak dibawa berbincang.
Sakitnya hati saya ketika itu. Mengharapkan keluarga untuk memahami dan membantu , tapi ianya sekadar kekal jadi harapan. Tiada tindakan apa-apa. Sewaktu saya di semester ke 5 pengajian diploma, kaunselor di ipt saya membawa saya berjumpa dengan pakar klinikal psikologi (private) di Kuala Lumpur.
Saya mula mendapatkan rawatan yang lebih serius .Setiap sesi terapi berjalan selama enam jam, rehat sekejap saja untuk solat zohor dengan bayaran RM300 setiap sesi. Semuanya saya bayar sendiri pakai duit sara diri dari MARA waktu tu. Pihak kolej pula membantu dari segi transport. Ulang alik dari Kuantan ke KL dengan transport kolej.
Bersyukurnya saya waktu itu, ALLAH kirim bantuan dari orang sekeliling saya. Sampai hari ni, saya tak pernah lupa jasa kuanselor dan pensyarah-pensyarah saya waktu saya diploma dulu yang sangat memahami keadaan saya. Hanya ALLAH sahajalah yang boleh membalas jasa mereka semua yang sangat banyak membantu dan memudahkan urusan pengajian saya.
Saya memang tak berani nak minta duit dengan ayah, sebab tahu nanti ayah akan marah. Ayah memang pantang kalau saya minta duit, sebab kes elaun pengajian yang hamper 6 ribu waktu saya sem 1 dulu, habis macm tu je dalam masa 2 bulan.
Semuanya habis tanpa saya sedar! How can I explain to my family bila diorang langsung tak nak dengar dan percaya apa yang saya cakap. Sudahnya, saya dituduh pemboros dan ayah memang dah tak percaya soal duit dengan saya. So untuk elak dari stress yang menambah-nambah, saya mula decide sendiri apa yang saya nak dalam hidup saya.
Saya jadi berani untuk buat keputusan. Adik-beradik langsung tidak ambil tahu. Abang dan kakak tidak pernah tanya apa-apa. Adik kembar saya, pernah berjumpa dengan kaunselor saya, tapi juga end up diam diri.
Saya pernah terbaca di FB kak long saya, memuat naik status ‘orang gila memang tempatnya hospital gila’. Status tersebut dimuat naik selepas saya discharge dari wad psikiatri disebabkan overdose .
Entahlah, saya tak tahu apa pandangan adik beradik tentang saya. Saya cemburu melihat kembar. Hubungan kembar saya dengan adik-beradik saya yang lain sangat baik. Mereka boleh berkongsi cerita seperti itulah sepatutnya adik-beradik lakukan.
Pernah saya terbuka whatsaap di telefon adik perempuan saya yang bongsu, mereka mempunyai whatsaap group tanpa ‘add’ saya sekali ke dalam w/s group tersebut. Terlukanya hati saya ketika itu…
Habis diploma, saya melanjutkan pelajaran ke peringat bachelor di utara tanah air. Result diploma saya cuma 2.92 sahaja. Entah macam mana boleh lepas masuk universiti. Semua rezeki ALLAH. Kalau tanya saya apa yang saya belajar, saya tak tahu apa-apa. Allah yang banyak tolong saya. Allah yang hantar pensyarah-pensyarah yang baik untuk tolong saya, Allah yang hantar kawan-kawan yang baik untuk tolong saya.
Keadaan masih sama, dengan beban pengajian di peringkat ijazah ini lebih serius dan sukar daripada diploma dulu, saya agak tertekan dengan keadaan ini. Namun, saya kuatkan semangat. Sebenarnya niat utama saya menyambung pengajian adalah untuk mendapatkan bantuan. Ayah tidak membawa saya mendapatkan rawatan dan saya tidak berkemampuan utnuk pergi sendiri.
Saya tak tahu lah niat saya ni betul ke salah, tapi saya dah tahu nak buat apa. Hujung semester pertama berlaku episode cubaan bunuh diri yang saya kira paling ekstrem sepanjang saya bertarung dengan kecelaruan mental saya ini.
Dalam keadaan tidak sedar, saya telah memandu keluar dari universiti pada tengah malam, dalam keadaan pisau berada di tangan. Saya langsung tidak ingat apa-apa sewaktu krisis itu berlaku, saya sedar-sedar sahaja, saya berada dalam sebuah kereta dan kereta itu dikerumuni oleh ramai polis.
Alhamdulillah, ALLAH masih sayangkan saya. Bayangkan keadaan saya ketika itu, terkejut dengan apa yang berlaku, lagi pilu bila memandang pisau yang berada di tangan. ALLAHU… berat sekali ujian pada ketika itu. Pihak universiti menelefon keluarga saya. Kes cubaan bunuh diri adalah sangat serius.
Awalnya, saya meminta kaunselor yang memegang kes saya ini untuk menelefon abang saya, Saya sangat takut waktu itu. Saya boleh bayang reaksi ayah saya yang akan marah. Kaunselor menelefon abang saya dan menerangkan apa yang telah berlaku.
Saya terkejut bila kaunselor tersebut memaklumkan pada saya yang respon abang saya sangat baik dan nampak memahami. Saya menunggu abang saya untuk menghubungi saya, dengan perasaan gembira tapi saya tidak menerima apa-apa pertanyaan dari beliau.
Saya terus dikejarkan ke hospital, ibu dan ayah saya juga telah sampai. Redup saja pandangan ibu saya ketika itu. Saya mengerti gelojak di hati beliau ketika itu. Mengasihani anak sendiri tanpa mampu berbuat apa-apa sebab di hadapannya berdiri seorang ayah!
Just imagine, kes saya di Jabatan Psikiatri Hospital Sultanah Bahiyah pada ketika itu adalah sangat serius. Dari seorang doctor, ke seorang doctor, ke doctor yang lain, sampailah ke Ketua Jabatan sendiri yang meneliti kes saya waktu itu.
Akhirnya saya, mak dan ayah bertentang mata berjumpa dengan Ketua Jabatan, Doktor Omar ketika itu. Mak saya sudah menangis teresak-esak, ayah seperti biasa, hanya diam seribu bahasa . Elok doctor menerangkan keadaan saya ketika itu, diminta bawa balik ke rumah dan dapatkan rawatan yang sepatutnya.
Tapi sekali lagi, pertemuan itu tidak membawa ‘turning point’ yang saya mahukan. Pulang sahaja ke rumah, masing-masing diam. Tidak ada perbincangan dengan ahli keluarga, tidak ada rawatan, tidak ada apa-apa. Saya makin terluka dengan keluarga saya sendiri. Makin terluka dengan adik-beradik yang sudah jelas dengan keadaan saya tapi makin menjauhkan diri saya.
Saya dibiar seorang diri tanpa sokongan keluarga.
Wallahi, luka ini makin dalam dan pedih. Saat itu, saya berhenti berharap. Berhenti mengharapkan sokongan dari keluarga. Berulang kali saya cuba didik hati saya untuk redha. Berulang kali saya katakan pada diri saya, tak apa Johana, mungkin keluarga kau tak dapat nak tolong kau tapi Allah selalu ada dengan kau.
Bertahun saya didik hati saya terus sabar, dan akhirnya saya yakin saya sudah redha dengan segala ketentuan hidup saya. Stigma dari masyarakat terlalu menebal. Acap kali terkilan dengan orang-orang sekeliling yang bila tahu keadaan saya, mereka menjauhkan diri, menggelar saya dengan panggilan gila, mental dan macam-macam lagi.
Pernah ‘ex-roomate’ saya yang tahu keadaan saya, mempersoalkan kepada saya, macam mana orang gila macam saya ni boleh masuk universiti?
Juah di sudut hati, saya tidak menyalahkan siapa-siapa atas apa yang berlaku ini. Saya yakin, semua ini adalah secebis ujian dari Tuhan yang Maha Mengetahui itu. Cukup-cukuplah dengan statement ‘saya nakkan perhatian’ semata, sudah hampir 10 tahun saya struggle dengan kecelaruan mental ini, perhatian siapa lagi yang saya perlukan?
Terima kasih pusat kaunseling UUM yang tak jemu bantu saya dari segenap aspek, yang menerima saya seperti orang lain yang normal. Yang memahami setiap episode duka yang saya lalui selama ini.
Terima kasih khas saya tujuan buat Kak Faezah, yang sentiasa bersama dengan saya dalam apa jua keadaan.
Terima kasih untuk peluang saya merasa ‘saya hidup’ bersama kalian.
Terima kasih kerana saya boleh merasa saya mempunyai keluarga bila saya bersama kalian.
Terima kasih kerana percaya pada saya saat saya sendiri tidak percaya dengan diri saya.
Alhamdulillah, terima kasih ya ALLAH atas kurniaan orang-orang yang baik ini. Moga dibalas dengan sebaik-baik ganjaran.
Terima kasih juga para pensyarah yang sangat memahami keadaan saya.
Dengan kelonggaran menghantar tugasan melebihi deadline, terima kasih meluangkan masa untuk konsultansi yang berulang-ulang kali, cukup sabar mengajar saya yang tidak boleh fokus di dalam kelas ini, terima kasih memahami saya yang selalu tidak dapat hadir ke kelas atas sebab-sebab ‘gangguan’ kesihatan ini.
Jasa kalian semua sangat besar dan bermakna buat saya. Saya berusaha keras untuk sembuh dari penyakit ini. Saya bersyukur di UUM ini ramai pensyarah-pensyarah pakar dalam bidang psikolgi. Jadual saya setiap semester sangat sibuk.
Saya memperuntukkan masa untuk sesi art therapy, sesi NLP, sesi kaunseling, sesi rawatan islam, dan sesi dengan pakar psikiatri. Tak jemu saya berusaha untuk melepaskan diri cengkaman penyakit ini.
Namun, perjalanannya sudah pasti bukan mudah. Banyak kali tersungkur dan terjatuh, begitu ‘exhausted’ dengan episod suicide attempt, self-harming, panic attack, depression yang berulang-ulang, tapi saya tetap bangkit. Yakin dan percaya saya akan sembuh dari penyakit ini satu hari nanti.
Berulang kali kecewa dengan orang-orang yang saya percaya, tapi saya tetap belajar untuk kembali mempercayai. Orang datang dan pergi dalam hidup saya, saya tetap tidak menutup ruang untuk mereka yang mahu membantu walaupun hakikatnya saya terlalu terluka dengan mereka yang pernah berjanji untuk sentiasa bersama saya di waktu-waktu paling buruk(kritikal) saya, yang akhirnya pergi meninggalkan saya.
Berulang kali mempersoalkan pada tuhan mengapa semua ini terjadi, tetapi sayai tetap yakin dan percaya, bahawa ini semua adalah tanda kasih dan sayang Nya pada saya.
Sedikit pesanan saya untuk masyarakat, hentikan stigma negatif anda terhadap pesakit-pesakit yang menderita penyakit mental ini. Mula ambil tahu tentang apa itu kesihatan mental dan penyakit mental, jadi orang berilmu dan bertamadun.
Jangan sebab kejahilan kita sendiri, ada hati yang makin terluka, malah mungkin ada nyawa yang dipertaruhkan.
Buat ahli keluarga, anda adalah sistem sokongan yang paling kuat untuk mereka. Dekati, ambil berat, bawa pergi rawatan, dan bersama dengan mereka ketika sesi rawatan, berilah perhatian yang sepenuhnya pada ahli keluarga yang menderita kecelaruan mental ini.
Percayalah, sokongan yang utuh dari ahli keluarga sangat membantu dalam proses penyembuhan.
Hentikan juga stigma yang mengatakan orang sakit mental ini tidak beriman, tidak solat, tidak zikir, tidak memahami agama dan sebagainya. Yang menghukum itu, Tuhan. Kita manusia, jangan sibuk nak ambil alih tugas tuhan. Soal ibadat saya, doa saya selama ni, biarlah kekal jadi rahsia antara saya dengan tuhan saja.
Buat semua pejuang penyakit mental, cerita kehidupan kita berbeza. Tetapi kita berkongsi derita emosi yang sama. Tidak ada yang lebih memahami selain ALLAH swt dan mereka yang pernah melaluinya. Teruskan melangkah, yakinlah, ALLAH menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk kita.
Teruskan berusaha, jangan mengalah. Kita semua mengimpikan impian yang sama iaitu untuk sihat dan pulih. Moga dikurniakan kekuatan hati untuk menempuh hari-hari yang mendatang… inshaALLAH.
– Johana –
Kisah Johana ini bersambung di part kedua: Journey To Recovery: PTSD – A Real Deal
Hantar kisah “perjuangan dalam senyap” anda di sini