Semua bermula sejak umur aku 5 tahun. Aku hanya kanak2 suci yang tidak tau apa2 tentang hidup. Aku sungguh ceria. Aku seorang kanak2 yang sangat comel ketika kecil. Semua orang kampung memuji aku mngatakan aku sangat comel.
Tapi tiada siapa pun tahu apa yg berlaku dalam hidup aku.
Mak ayah aku sangat sayang padaku. Ayahku seorang yg sangat garang dn tegas. Sampaikan smua budak2 dalam kampung takut pada ayahku. Walaupun garang tapi ayahku sangat manja dengan aku .
Hidup aku mula berubah 360 darjah apabila aku didarjah 4 iaitu pada usiaku 10 tahun. Masa tu waktu pembelajaran pendidikan islam. Ustazah aku berceritakn berkenaan penjagaan diri perempuan dan bahagian sulit perempuan.
Waktu itu murid lelaki disuruh ke perpustakaan untuk mngelakkan mereka mendengar cerita yg sulit ini. Macam ustazah terangkan kepada kami semua murid2 perempuan tentang semuanya termasuklah tentang hubungan seksual.
Waktu ustazah ceritakan itu aku bagaikan rasa nak pengsan, aku terdiam rasa marah teramat sangat,rasa geram,rasa jijik rasa nak menjeritdan menagis kuat2.
Aku tak tahu kepada siapa harus aku cakap luahkan dan ceritakan.
Rupanya selama ini aku telah diROGOL! Ya aku telah dirogol dicabul oled saudaraku sendiri!
Aku sedih teramat sangat. Aku malu jijik dan rasa diri aku kotor sangat. Kenapa aku dperlakukan begitu? Kenapa aku?
Sedangkan keluarga ku sangat kuat agama. Semua org kampung pandang tinggi pd kluarga aku. Tapi kenapa aku jadi mangsa rogol saudara kandung sendiri?
Kalau aku cerita pn mesti tidak siapa percaya sebab “dia” sangatlah alim pemalu dan baik sangat. Aku terus rasa murung benci pada diri sendiri.
Aku mulai benci pada dia. Aku tak boleh pandang muka dia yg rosakkan aku. Aku tak boleh nk ceritakan pada mak ayah aku. Aku takut kena marah kerana ayahku terlalu garang.
Aku tak boleh nak cerita pd mak aku kerana aku malu dan aku tahu mak ayah aku tak akan percayakan pd cakap aku. Aku mulai benci pada dia. Aku jadikan dia musuh aku sejak aku tahu rupanya apa yg dia buat pada aku dulu semasa aku kecik adalah perbuatan terkutuk.
Aku tdk boleh terima kenyataan itu. Aku 5 tahun, aku tak tahu langsung apa itu berkaitan dengan seks. Tapi kenapa dia buat begitu padaku? Kemana Allah? Kenapa tak tolong aku. Aku anak yg baik. Tak pernah keluar rumah. Kenapa perbuatan terkutuk itu jd pd aku?
Selepas tahu diri saya telah dicabul saya seoarang pendiam dan pendendam. Saya benci lelaki.
Pelajaran mulai merosot. Saya jadi malas nak buat apa-apa kerja. Mak selalu marah pada saya sebab malas tolong buat kerja rumah.
Tetapi saya sangat seronok menolong ayah saya buat kerja lelaki seperi membaiki kereta. Ayah adalah prang yang sangat garang tapi ayah baik pada saya. Ayah faham perasaan saya. Ayah adalah orang yang percayakan saya cuma kadang2 ayah jugak marah pada saya klau saya buat silap. Ayah akan tengking saya kuat2. Ayah jerit dan berkata2 yang tidak baik pada saya.
Pernah saya dibaling dengan kerusi apabila saya tertido waktu solat subuh. Saya sujud dan terus tidak bangun2. Apabila bunyi kerusi bersentum disebelah saya saya terbangun dr tidur. Kerana ayah seorang yg panas baran dn suka menjerkah jadi saya tidak berani buka mulut untuk cerita apa yang terjadi pada saya.
Saya takut ayah mngamuk dan smua orang kampung tahu sy telah dicabul. Saya malu orang tahu jadi saya ambil kptsan untuk berdiam diri. Saya juga takut dimarahi dan dikata mereka cerita hal tersebut. Saya buntu tidak tahu kemana untuk diluahkan. Sejak dari iti saya mula bermasalah dengan matematik.
Bila melihat number saya nampak nombor yg bergerak2 secara rawak smuanya bertindih, mata berpinar, mual dn rasa nak muntah dengan number. Setiap kali tgk number saya akan rasa pening dan nak muntah. Saya mulai benci subjek matematik.
Tapi saya cemerlang dalam bahasa melayu. Seringkali periksa ujian atau apa saja latihan markah saya tidak kurang dr 90% keatas.
Mengapa aku sangat suka mata pelajaran Bahasa Melayu? Mungkin kerana guru BM tersebut sangat baik dan sayang padaku. Aku jugak sangat sayang kepada guru tersebut. Guru itu sangat mengambil berat terhadap aku.
Namun aku tidak sampai hati untuk menceritakan masalah yg aku hadapi . Lagipun aku sungguh malu apa yg terjadi padaku. Apabila berada dirumah aku hanya berkawan dengan kucing peliharaan aku. Aku banyak menghabiskan masa didalam bilik bermain dengan kucing kesayangan aku.
Aku tidak suka sangat bergaul dengan kawan2 kampung kerana aku suka dan lebih selesa bersendirian.
Aku ada seorang kaka tapi kakak ku tidak pernah ambil peduli padaku. Kakakku seorg yg sangat rajin belajar. Setiap masa dia berlepit dengan buku2 notanya sahaja. Aku jadi tiada kawan. Jarak umurku dan kakak pun agak jauh iaitu 7 tahun. Jadi kami memang sangat renggang.
Setiap kali aku nk bermain dengan kakak ku dia akan menjauhkan diri dariku. Dia akan masuk bilik dan kunci untuk belajar. Walaupn aku merayu ingin belajar bersama atau bermain dia tidak akan pedulikan aku.
Baginya aku adalah pengacaunya sahaja. Jadi aku bersendirian dibilik.
Aku jadi seorng yg amat sensitif. Kuat merajuk memberontak dan degil. Aku rasa semua orang tidak mahu memahami aku. Sehinggalah aku naik didarjah 6. Aku mulai ada perasaan suka pada budak lelaki dan perasaan cinta.
Tapi semua tu aku ketepikan sebab aku fikir aku masih muda dan perlu tunpula pada pelajaran sahaja. Namun ada guru metematik baru pindah ke sekolah ku. Hidup aku mulai bertambah buruk. Guru tersebut sangat jahat. Dia suka meraba bahagian sulit murid2 perempun yg dia suka.
Malang sekali aku juga termasuk dlm golongan mangsanya. Sejak itu pelajaran matematik menjadi musuh pada aku. Tapi aku sanagat matang berbanding kawan2 lain. Setiap kali pelajaran matematik aku akan tukar tempat duduk ditengah2 kawan2 supaya kawan2 dapat melindungi aku daripada diraba guru tersebut.
Guru yersebut tidak lagi meraba bahagian peha dan dada aku kerana aku diapit kedua kawanku. Guru itu hanya meraba muka kepala leher dan bibir aku sahaja.
Tapi perkara iti sudah cukup merimaskan aku. Aku telah mengumpul semua mangsa2 raba guru tersebut untuk memberitahu guru perwmpuan yv baik dengan kami.
Semuanya bersetuju tapi sayang guru perempuan itu minta kami merahsiakan perkara itu. Guru itu berpesan kgn cerita kpd ibubapa kami tentang hal guru matematik yg suka meraba bahagian sulit murid perempuan.
Kami semua kebingungan kerana tiada apa2 tindakan diambil. Sungguh teruk nasib aku. Dirumah tidak selamat. Disekolah pun tidak selamat.
Aku jadi sangat takut. Aku jadi pendendam dan murung.
– Insan Sepi –
Berminat untuk menghantar kisah “perjuangan dalam senyap” anda? Klik di sini