Hari ini…
Hati seolah-olah sudah mati..
Jiwa seakan-akan sudah hilang..
Diri bagaikan tiada tujuan…
Hari ini..
Cita-cita seakan terkubur..
Harapan bagaikan sudah musnah…
Bahagia sudah lama menghilang…
Hari ini…
Tiada apa bicara yang bisa menggambarkan jiwa..
Tiada tingkah mampu mengungkap rasa hati…
Tiada apa yang bisa merungkai diri…
Har ini…
Bicaranya penuh kepalsuan..
Mengungkap kata gembira..
Sedangkan hati tidak begitu…
Hari ini…
Langkahnya seakan pahlawan..
Penuh semangat dan berani…
Namun Jiwa adalah sebaliknya…
Hari ini…
Dirinya bak sang puteri..
Bahagia dengan kehidupannya…
Tapi hakikatnya merana yang dirasai…
Hari ini..
Pelbagai topeng dipakai..
Menutup segala resah dihati..
Mengaburi pandangan yang lain..
Hari ini..
Segala kata tidak terucap…
Segala rasa tidak terluah..
Segala perassan tidak terzahir…
Hari ini..
Berpura-pura gembira…
Berpura-pura bahagia…
Berpura-pura kuat..
Demi yang lain…
Hari ini…
Membiarkan hati direntap..
Membiarkan jiwa terus meratap..
Membiarkan diri disentap..
Demi bahagia orang sekeliling…
Cuma satu ingin aku tanya..
Bilakah hari ini akan berakhir?
– Cik Tulip –
Hantar kisah “perjuangan dalam senyap” anda di sini