Penulisan ini merupakan sambungan daripada episod sebelum ini:
Journey To Recovery: PTSD – A Real Deal
People always said that, time will heal everything right?
To me, time does not always heal, sometimes it only hides the scars.
Saya ingin berkongsi suatu kisah di mana saya mula untuk ‘move on’ dari adik-beradik. Tiada niat langsung di hati saya untuk membuka aib mereka, apatah lagi untuk memburuk-burukkan darah daging sendiri, saya cuma mahu meluahkan sedikit isi hati yang lama saya pendam seorang diri. Oleh kerana tiada yang mengenali saya di dalam penulisan ini, saya yakin identiti adik beradik saya juga akan kekal ‘anonymous’.
Selepas tamat SPM, saya banyak berulang-alik dari rumah ke Kuala Lumpur, mengikut mana-mana konsultan motivasi berprogram ke sekolah-sekolah rendah dan menengah.
Saya sangat suka kan bidang motivasi. It is my passion. I love to spread the energy, the positive vibes, love to deliver the good words to adik-adik, love to advise them, love to play with them, love being in ‘crazy’ surrounding with child and teen. All those advise and good words that I deliver to them, feels like are being told to me back.
Itulah saya, daripada mengharapkan ada bahu yang boleh disandar, baiklah saya yang memberi bahu untuk bersandar. Tiap kali saya mula rasa down, saya akan cari mana-mana konsultan yang memerlukan khidmat fasilitator, sebab itulah antara ‘coping’ saya waktu itu.
I still remember, when I was at my second semester in my diploma studies, I just came back from MRSM Lenggong, Perak, attending a MARA leadership programme. Disebabkan saya salah seorang calon MPP yang ‘dipaksa’ bertanding di kolej waktu itu, terpaksalah saya menghadirinya walau dalam hati langsung tak ambil kisah tentang program itu.
Hahah, feel weird how I can make myself into MPP? Nantilah entry lain saya cerita yer.
I decide to go to KL after receive a request to facilitate a motivation programme on that weekend. And I quickly text my eldest sister who is living at KL, untuk tumpang tidur rumahnya pada malam esok sebelum berangkat ke tempat program.
I didn’t receive any response, yet I didn’t think any wrong at that time.
Tak fikir panjang, saya terus sahaja beli tiket bas keesokannya, dan pada petang itu terus saja berlepas ke KL menaiki bas. Dalam perjanalan, saya cuba untuk call kakak saya. Tidak berangkat. Saya ingat, mungkin dia busy dan tidak dapat menjawab panggilan telefon pada waktu.
Berulang kali saya cuba menelefon, tapi masih lagi gagal. Mesej saya tadi juga masih tidak dibalas. Yang pasti, saya yakin kakak saya tahu yang saya dalam perjalanan ke rumahnya waktu itu.
Saya sampai di KL kira-kira jam 10 malam. Bas berhenti di Perhentian Pudu. Itulah kali pertama saya turun di situ, biasa sebelum ini saya akan turun di Hentian Putra. Rasa takut tiba-tiba menyelubungi diri. Baru sedar yang tiada orang langsung di situ. Kelihatan beberapa orang lelaki sedang merayau-rayau. Cepat-cepat saya berlalu dengan beg laptop saya di belakang. Waktu itu, saya berdoa sungguh-sungguh moga ALLAH lindungi saya dari perkara yang tidak diingini.
Laju langkah menuju ke stesen LRT terdekat. Alhamdulillah, terasa segalanya dipermudahkan. Biasanya, terkial-kial juga hendak tuju ke mana kalau mau menaiki tren ni. Tapi waktu tu, smooth saja, sekali tengok signboard laluan tren tersebut menghala ke mana, terus sahaja faham dan tahu apa yang hendak dibuat. Alhamdulillah. Syukur! Allah sebaik-baik penjaga.
Masuk sahaja ke dalam tren, saya duduk, melepaskan penat tergesa-gesa tadi. Saya cuba lagi menghubungi kakak saya. Masih tidak berjawap. Saya mula risau. Hari makin gelap, jam sudah mau berganjak ke angka 12 malam. Tren makin menghampiri ke hentian Sungai Besi.
Sampai sahaja di situ, saya makin takut. Ada kedai-kedai di hadapan tempat duduk menunggu di hadapan saya ketika itu, kedai yang dipenuhi lelaki-lelaki yang entah dari mana dan hendak ke mana. Sekali tengok macam warga asing. KL, tentulah macam-macam jenis orang ada.
Saya makin buntu. Ketakutan menguasai diri.
Tiba-tiba, ada mesej masuk ke phone saya. Dari kak long,mesejnya berbunyi, “carilah mana-mana rumah kawan malam ni, kak long takde kat rumah.” I don’t know how to react that time.
Nak balik semula ke Kuantan, mana ada bas lagi dah jam 12 malam ni? Kenapa kak long tak bagitau awal-awal? Kenapa dah sampai baru kak long bagitau? On that time, I hold myself from cry, because all that time what is the matter most is, I need to bring myself to a safer place.
Then, barulah saya terfikir untuk menelefon abang ipar saya. Pantas tangan mendail no telefon beliau, lega apabila panggilan bersambut. Terus saya bertanya, kak long ada tak kat rumah? Jawabnya, ada. Saya terkejut. Tak cakap banyak, saya bagitau saya nak tumpang tidur rumahnya malam tu. Abang ipar saya tanya, saya kat mana dan hendak ke mana, saya cakap, nantilah dah sampai saya bagitau. Mujur duit dalam purse cukup-cukup untuk saya menaiki teksi.
Saya ingatkan, kakak saya akan datang pick up, so saya tak prepare any money lah masa tu. Again, rasa takut nak naik teksi masa tu. Macam-macam fikir, dah lah lewat tengah malam. Saya tawakkal saja pada ALLAH. Saya yakin pakcik teksi itu orang yang baik dan tidak akan mengapa-apakan saya.
Otw ke rumah kak long, pakcik teksi bertanya kepada saya, mahu ke mana malam-malam begini. Saya senyum saja, takde kekuatan nak menjawab. Sempat saya memesan pada pakcik itu untuk datang mengambil saya selepas subuh esok pagi. Alhamdulillah… pakcik itu orang yang baik.
Selamat saya sampai ke rumah kak long. Turun sahaja dari teksi, saya ternampak abang ipar sedang mengambil sesuatu dari keretanya. Dia tanya saya hendak ke mana. Saya bagitau saya ada program esok hari dan ingin tumpang tidur di rumahnya malam itu. Saya tanya kepada nya, kak long di mana sambil memberitahu yang dari semalam lagi saya call tak dapat. Ada. Kak long saya ada di rumah waktu tu.
Ikutkan hati, nak je saya lari dari rumahnya masa tu jugak. Ikutkan hati, saya tak nak tumpang tidur dekat rumahnya malam tu. Tapi mana saya nak pergi malam-malam macam tu? Saya tak cukup duit nak menginap di hotel.
I really can’t go anywhere on that time. My heart broke. Bayangkan gelas kaca yang elok, sedang jatuh dari tempat yang tinggi, berkecai di atas lantai. Itulah keadaan hati saya ketika itu. How could she just ask me to find other place to sleep on that night? I am a girl. Just a girl. Tak fikir ke seorang diri dekat stesen LRT tengah-tengah malam macam tu adalah keadaan yang sangat bahaya?
Without any reason, she silent herself in her room.
Dia tau saya datang, tapi dia tak keluar langsung dari bilik. Rapat tutup pintu mengunci diri di dalamnya. Saya masuk ke bilik tengah, bilik yang kosong. Dalam keadaan yang sangat tertekan, saya berusaha tenangkan diri. Saya menangis dalam gelap. Saya tak percaya kakak saya sanggup biarkan saya seorang diri tadi. Saya meraung sampailah saya tertidur.
Keesokannya, saya terjaga. Terkejut melihat jam, sudah lewat dengan waktu saya berjanji dengan pakcik teksi semalam. Rumah kak long saya betul-betul di tepi highway, memang tak boleh nak dapatkan teksi tepi jalan macam tu. Akhirnya, saya beranikan diri meminta abang saya untuk menghantar saya ke stesen LRT terdekat.
Masa tu, abang saya tinggal bersama kak long, bekerja di KL juga. Adalah lebih dari 10 kali saya meminta tolong. Itupun selepas diherdik dan dimarahi kerana menganggu waktu tidurnya pada hujung minggu. Macam orang minta sedekah pun ada saya masa tu.
Abang meninggalkan saya di stesen LRT tanpa bertanya ke mana tujuan saya ketika itu. Sampai sahaja stesen LRT, saya terus beli tiket menuju ke Hentia Putra semula. Terus dicari tiket pulang ke Kuantan.
Saya call pihak konsultan, beritahu ketidakhadiran saya untuk program kali itu. Berulang kali meminta maaf, kerana tahu pasti menyusahkan pihak mereka untuk mencari fasi ganti kerana saya maklum pada saat-saat akhir.
Apa boleh buat. Saya tak rasa saya mampu untuk berprogram hari itu. I feel tired. I feel dumb. I feel stupid. I feel very sad. All the bad feelings, come to me on that time. Bayangkan. Saya tiba di Hentian Putra pada jam 8 pagi, dan waktu bas yang paling awal ke Kuantan pada hari itu adalah pada jam 5 petang.
8 jam saya menunggu seorang diri. Tidak makan tidak minum. Hanya berulang ke surau terdekat untuk solat zohor dan asar. Langsung tiada kehendak untuk membeli apa-apa makanan. Totally lost appetite. Masih terkejut dengan apa yang berlaku semalam.
Pulang ke Kuantan. Saya sekali lagi mengalami episode depresi. Saya kembali murung, tidak keluar bilik, ponteng kelas, ada masa saya rasa gagah saya pergi ke kelas, tapi saya langsung tidak dapat fokus apa yang lecturer ajar waktu tu.
24 jam hanya dihabiskan atas katil. Bangun semata mata untuk solat. Malam tidak dapat tidur. Perasaan sedih menguasai diri. Sungguh tidak percaya dengan kelakuan abang dan kakak saya. Dalam tempoh itu, saya menelefon emak di kampung, cerita segala yang telah berlaku.
Menangis-nangis saya cerita. Mak bagitau pada ayah. Abang ada call mak, tanya dekat mak, kenapa pasal saya semua jadi kecoh? Kecoh? Apa yang saya buat sebenarnya???? Segala sumpah seranah saya hemburkan dalam hati waktu tu.
ALLAH… sungguh hati saya terkilan yang amat. Ayah tidak merespon apa-apa. Mungkin dia ingat saya ok saja waktu tu.
Sekali lagi saya terkilan. Kenapa ayah tak bunyi apa-apa. Kenapa ayah tak tegur kak long? Kenapa ayah tak tegur abang? Bukan ke perbuatan mereka itu sangat tidak berhati perut? Lama saya ambil masa untuk move on. Saya rawat sendiri hati saya ketika itu.
Oleh kerana masa itu saya belum lagi berjumpa dengan doctor psikiatri, saya tidak ada apa-apa ubat untuk bantu keadaan diri. It was a very hard. Until now, I can’t ever forget what they did to me. Selepas dari itu juga, saya berjanji untuk tidak lagi menjejakkan kaki ke rumah kak long. Saya takkan terhegeh lagi ‘menjadi’ adik pada mereka.
Semuanya terlalu pahit untuk saya telan.
Dan Alhamdulillah… syukur pada tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, saya survive dalam episode depresi kali itu. Inilah another moment yang sangat memberi kesan kepada saya. As time goes by, I already forgive them for what they did to me before. Itulah cara saya didik hati untuk terus redha.
Ye, saya sudah lama maafkan mereka. Demi merawat hati saya sendiri, saya maafkan mereka. Walaupun payah, walaupun perit, saya tetap maafkan. Saya tidak mahu menghukum sebab saya benar-benar tahu, sungguh tidak ada siapa yang sempurna.
Tidak saya, tidak kamu, dan tidak mereka. Kerana manusia tetap manusia.
Saya terima kelemahan mereka seadanya dan tetap berharap mereka baik-baik saja menjalani kehidupan mereka.
Buat kalian yang membaca entry saya kali ini, tolong, jangan judge keluarga saya. Tolong jangan sesekali berkata buruk pada mereka. Jangan sesekali membenci mereka. Saya juga pernah meyakiti hati mereka. Dan saya tetap sayangkan mereka. Mereka orang yang baik . Mereka cuma manusia biasa yang tidak terlepas dari salah dan silap.
Just a little advice for brothers and sisters out there, if you have adik, please, be good for them. Play your best role as brother and sister. Growing up together is a very beautiful story in our life. Love them unconditionally, no matter how bad you arguing with them, always come back to them.
Because that was family is all about. Always stick to each other no matter what happen. May ALLAH bless.
p/s: Brother Aiman, I do read your sharing about your late little sister. She is very lucky to have you as her brother. Sure, she is a very strong person fighting her own battle in her life. I am very sure she is at a better place rn. Alfatihah.
Can I keep on sharing my hidden story? Feel glad if I can. Will contact you, soon. inshaALLAH.
– Johana –
Berminat untuk menghantar kisah “perjuangan dalam senyap” anda? Klik di sini