Penulisan ini merupakan sambungan daripada episod sebelum ini:
Journey To Recovery: Refleksi Dari Wad Sakit Jiwa – Terima Kasih, Wad Dahlia!
Have you ever have any negative thought in your mind? Do you ever feel the people around you are always wrong? Do you ever blaming yourself? Do you ever feel like you are the worst person that ever exist in this earth?
Ye, semua ini adalah perasaan normal yang biasa kita hadapi.
Normal lah kan, ada masa kita rasa orang salah dengan kita. Ada masa kita salahkan diri sendiri atas kesilapan yang kita lakukan. Ada ketika kita merasa, kita adalah orang yang paling teruk di atas muka bumi ini.
Tetapi, bagi saya, bagi kami yang menderita kecelaruan mental ini, rasa itu adalah ‘over’ yang akhirnya menjadikan ianya tidak lagi di paras normal. Baiklah, saya berikan contoh yang saya sendiri pernah lalui.
Pernah suatu ketika, saya memiliki seorang kawan baik. Apa saja kesedihan yang saya lalui, saya akan berkongsi dengan dia. Suatu hari, saya menghantar mesej kepada beliau. Lama saya menunggu dia untuk membalas whatsapp saya. Tunggu punya tunggu, dia tidak membalas.
Dalam masa saya menunggu itu, berbagai perasaan negatif menyerang saya.
Kenapa dia tak balas? Aku ada buat salah ke? Aku ni teruk ke? Dia dah tak nak kawan dengan aku ke? Mana dia ni.. kenapa tak reply lagi whatsapp aku? Dan persoalan-persoalan ini terus bermain dalam fikiran. Mengasak jiwa, menghimpit perasaan.
Dalam tempoh dia masih belum lagi membalas mesej saya, saya terus-terusan merasa saya ada berbuat salah terhadapnya. Dari fasa menyalahkan diri tadi, rasa itu sudah beralih kepada rasa marah. Emosi benar-benar menguasai diri.
Betul, saya memang tidak dapat kawal emosi pada masa itu. Tangan laju saja menaip yang bukan-bukan. Saya menghantar mesej bertubi-tubi memarahi kawan saya itu oleh kerana dia masih lagi tidak membalas whatsapp saya.
Awak ni memang saja kan tak nak reply mesej saya? Kalau dah tak suka dekat saya, bagitau je lah, tak payah la diam macam ni. Kalau ye pon busy, bagitau la sepatah. Saya ni memang bukan siapa-siapa dalam hidup awak, saya tau tu. Saya bukan priority awak kan.
Bertubi-bertubi, sampai tahap saya mula memaki hamun. Selepas fasa marah itu berlalu. Saya akan kembali menyalahkan diri. Menyesal dengan kata-kata pedih yang saya lemparkan pada kawan saya itu tadi. Bertubi-tubi pula mesej meminta maaf saya hantar pada dia.
Awak, saya minta maaf. Saya tak sengaja cakap macam tu. Saya tak ada niat pun nak cakap awak yang bukan-bukan. Saya sayang awak, saya takut saya hilang awak. Awak maafkan saya tak? Saya betul-betul minta maaf.
Oleh kerana terlalu sedih dengan apa yang telah saya lakukan itu, saya terus keluar dari bilik, menelefon seorang kawan untuk datang ambil saya. Naik sahaja kereta, tanpa cakap apa-apa, saya terus meraung, menangis persis anak kecil. Menangis sepuas-puasnya. Menangis sekuat-kuatnya.
Rasa bersalah sangat menghimpit jiwa saya ketika itu.
Waktu inilah saya memerlukan seseorang untuk menenangkan saya. Untuk bisik pada saya, yang semuanya adalah baik-baik saja. Dan semua ini bukanlah salah saya.
Please, just someone tell me me that everything is gonna be fine, everything is not my fault, you can cry on my shoulder, or , you can just hug me tight without saying anything. Just be there for me is more than enough.
Trust me, ini bukan masa saya mengada-ngada mahukan perhatian. Bukan buat-buat sedih minta dipujuk. Bukan terhegeh-hegeh minta disapu air mata yang mengalir. Sudahlah, stigma sebegini sangat menyakitkan hati saya dan saya pasti pada mereka yang turut menderita kecelaruan mental ini.
Kawan yang menyaksikan ‘my worst part’ itu memang panik, dan tidak tahu hendak buat apa. He keep on asking me what happen, I couldn’t talk because I cry too hard on that time.
Disebabkan mereka berdua adalah lelaki, jadi mereka memang tidak dapat buat apa-apa. Mereka hanya menunggu saya berhenti menangis, menghulurkan tisu, dan memujuk saya dengan lembut.
TQ Muhaimin and Jedy, for being with me on that time. You guys antara kawan yang baik dan sangat saya percaya. Trust me, your presence on that time are really precious to me. At least, I feel I’m not alone on that time. You guys would always in my dua, inshaALLAH.
Betul lah, lidah itu lagi tajam daripada pedang yang menghunus. Sekali kita menyakiti, kesannya amatlah parah di jiwa mereka yang sudah cukup sabar dengan kita. Dalam keadaan itu, saya benar-benar merasa seperti ada sesuatu dalam diri yang sentiasa mengawal emosi saya.
Sudah cuba sedaya upaya untuk mengawal diri, tapi selalu tidak berjaya. Cuba berzikir, ingat ALLAH dalam hati, ambil quran peluk kemas-kemas, you name itu, I try hard to overcome it.
Rasanya, memang seperti ada ‘demon’ dalam diri yang selalu membuatkan orang-orang yang saya sayang terluka. Demon yang saya tidak mahu langsung terus-terusan berada dalam diri saya. Demon inilah yang selalu membuatkan saya bertindak di luar kawalan tanpa saya ada keinginan sedikit pun untuk bertindak sedemikian.
The feeling when you hurt someone you love, is killing yourself too.
Trust me, dalam saya melukai hati orang yang saya sayang, saya juga melukakan hati saya sendiri. And all this things keep on happen to me.
They just see my anger, not my sadness. Not my worry. Not my frightened of losing them.
Sudah ramai orang yang saya sayang dan percaya akhirnya pergi tinggalkan saya. Sedih kan. Iyelah, kalau dah selalu disakiti, siapa yang tahan untuk terus bersama? Kita kan manusia, ada hati dan perasaan.
Well, I never blame them, instead I truly let them go. Sebab sayang lah saya rela melepaskan mereka pergi, kerana saya tidak lagi mahu menyakiti hati mereka, tidak lagi mahu melihat mereka terluka dengan perlakuan dan kata-kata saya.
Kalau sayang, kenapa buat macam tu?
Wallahi, tiada langsung niat di hati untuk melukakan hati mereka. Semua berlaku dalam keadaan saya benar-benar tidak dapat mengawal perasaan saya. Sebab itu jugalah, hari ini, saya sangat takut untuk mendekati seseorang, I keep my circle small. Saya risau, bila sudah dekat dan perasaan sayang itu sudah ada, saya akan melukakan hati mereka.
Yang pernah bersama dengan saya selama ini cukup sabar melayan kerenah saya. Maafkan saya atas semua keterlanjuran kata dan perlakuan yang menyakiti hati kalian selama ini.
Terima kasih dari hati saya, percayalah, setiap kesabaran kamu ketika menghadapi the worst part in me itu, cukup-cukup saya hargai.
Terima kasih kerana menjadi suatu yang pernah. Yang sedang bersama dengan saya ketika ini, terima kasih kerana sudi.
Terima kasih kerana menerima diri yang sangat broken ini.
Terima kasih sudi percaya pada apa adanya pada saya. Tiada apa yang saya minta, melainkan tetaplah bersama saya dalam apa jua keadaan.
Buat kalian yang mempunyai kawan, ahli keluarga atau orang terdekat yang sedang menderita kecelaruan mental ini, bersabarlah. Kesabaran itu mestilah menggunung tinggi, kerana bersama dengan mereka ini bukanlah semudah yang disangka. Kuatkan mental dan fizikal, kalau ada perlakuan mereka yang menghiris perasaan, take your time away for a while, because you are a human too.
Then, try your best to forgive them.
Tahniah buat kalian yang cukup bersabar melayan kerenah orang-orang special ini. Moga dibalas sebaik-baik ganjaran oleh-Nya.
Tika ini, saya sangat merindui mereka yang pernah bersama ketika worst time saya dahulu. Apa khabar kalian semua, hanya doa yang mampu saya kirim. Ketika keluarga saya sendiri tidak berada di sisi saya, kalian lah yang teguh berdiri di sisi, menghulur bahu dan teguh membisik semangat untuk saya terus merasa saya benar-benar hidup di dunia ini.
Ketika tiada siapa yang sudi bersama dengan saya, kalian lah yang menerima saya seadanya. Mengakui kehebatan saya, membuka ruang dan memberi peluang untuk saya bangkit mencipta sesuatu yang indah dan bermakna dalam hidup saya.
Sungguh, kalian sangat dan masih istimewa di hati saya. Moga kita bertemu semula suatu hari nanti, tidak di dunia ini, di syurgaNya nanti, inshaALLAH.
p/s :
Hey brother Aiman, I am so sad right now. Can I have some of your warm words?
– Johana –
Kisah Johana ini bersambung di part keenam: Journey of Recovery: DID – Meet The Other Side Of Me
Berminat untuk menghantar kisah “perjuangan dalam senyap” anda? Klik di sini