Penulisan ini merupakan sambungan daripada episod sebelum ini:
Journey To Discovery: Yang Tetap Istimewa
Being diagnose with Dissociative Identity Disorder (DID) or before this was known as Multiple Personality Disorder (MPD) and people usually call this as ‘split personality’, is a real battle.
If before this I told that dealing with PTSD is a real deal, this time I told you guys dealing with DID, IS TOTALLY A REAL BATTLE. I know that this type of diagnosis is still being doubt in this world of hidden and mysterious illness. And, I don’t want to convince anything because to decide whether this type of illness does exist or not is totally not my job.
Like what I said, I just wanna share what I have been through, and what I am being through, that’s all.
Me too, till now, still didn’t believe that I am suffering this kind of very weird illness, but ALLAH lebih mengetahui, right?
To be told, in my latest official medical report from Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah, dengan jelas dan terang diagnosis yang dinyatakan adalah DID. So, takde isu saya sendiri rasa saya ni ada DID, or pandai-pandai diagnose diri sendiri. Pakar sendiri yang sahkan.
Kalau rasa doubt, pergi tanya sendiri Dr Carmen, Dr Wong, dan Dr Zilal yang pegang case saya di Jabatan Psikiatri, Hospital Alor Setar sana. Pastu pergilah berhujah dengan depa. Don’t ask me okay?
I was 15 years old when I first start to develop an identity in myself. After 2 years from the tragedy, I finally gave up and can’t cope with a lot of things anymore. So, in order to defence and save myself, my brain creates another new personality.
I still remember the feeling of like there is another person in me. I feel that there are two people in myself. I don’t know, it is hard to describe. It is a very weird feeling, but, I did feel like that.
After my first diagnose with En Khairul Azhar Idris, my first CP that I met at Kuala Lumpur, I start to know more about the 2 personality in me.
So, let me introduce them first. First, is myself. The alter ego. Once an extrovert person but already change to an ambivert. A simple person, didn’t talk much, love to write, love to read psychology and motivations book, also a structured person when it comes to assignment and programme. Suka menulis walaupun tidak pernah ada hasil penulisan sendiri. Highly visual person, dan memegang kod personaliti berwarna biru. Suka pada warna hitam, barang-barang saya kebanyakannya adalah berwarna hitam. Baju, tudung, botol air, buku nota, beg, kasut, banyak lagi lah barang lain yang color hitam.
Among this three character, I’m the most broken one. All the sadness, the pain, and the hurt memories, are in me. The second one, personaliti kedua yang dominan. Sangat kerap ‘appear’. Once ada trigger yang switch on that personality to appear, maka dialah yang akan menguasai masa, memori dan apa saja keputusan akan dibuat olehnya. Untuk lebih memudahkan penerangan ini, saya bahagikan nama saya kepada dua.
Joe, adalah saya, dan Ana, adalah personaliti saya yang kedua. Pening kan. I hope you understand :’(
Kata kunci untuk seorang Ana ini adalah HAPPY. Ana, a 19 years old girl. A very happy and cheerful person. An extrovert person, always laugh and make people around her laugh too. A kinesthetic person, dan sangat tak boleh duduk diam. Suka berterus terang, apa yang dia tak suka, dia akan cakap direct saja tanpa menghiraukan perasaan orang itu, walaupun dia tak kenal orang tu, dia boleh tegur macam tu saja.
Sangat suka berhibur, kalau boleh 24 jam nak keluar, 24 jam tengok wayang, 24 jam jalan-jalan. As a teen, naïve nyer mestilah ada. Nak buat apa-apa tak fikir panjang, sangat-sangat tidak berstruktur orangnya, main redah je kerja. Dan kebanyakan barang-barang milik Ana, adalah berwarna-warni.
Oh yea, Ana ini suka melukis! Personaliti warna Ana adalah Oren! So you guys yang tau personality warna ni, mesti boleh faham orang Oren ni macam mana. Karakter Ana, sangat mudah mendekati dan didekati. Selalu nya, orang akan ‘lebih suka’ pada Ana ini, sebab karakternya yang periang, ceria, happy, dan sangat manja ini membuatkan orang senang.
The third personality in me, bernama Mel. Seorang budak perempuan yang berumur 13 tahun, karakter yang terbentuk dari kejadian hitam itu, dan masih terperangkap di dalamnya. Mel, seorang yang agresif. Segala episode ‘suicide attempt’ itu, adalah daripada Mel. Self-harming, overdose, cut wrist, mesti Mel yang buat. A very innocent character. Yang hidup dalam ketakutan dan tekanan orang sekeliling yang tidak mempercayainya.
Karakter yang saya kira, paling menyedihkan. Mel sangat jarang appear, bila betul-betul ada trigger yang bring me back to the trauma, Mel akan start to come out. Jarang orang sekeliling boleh jumpa Mel, sebab Mel takkan contact siapa-siapa bila appear, dan selalunya akan bertindak seorang diri.
Dalam ketiga-tiga karakter ini, kami sangat terkesan dengan tragedi hitam itu.
Cuma ada bezanya. Saya, sekarang ini, mengalami amnesia tentang peristiwa itu. Tidak ingat langsung dan tidak percaya bahawa kejadian sebegitu telah menimpa saya. Tetapi, kesan dari emosi sewaktu kejadian itu, tertinggal pada saya.
Sebab itulah, semua triggered atau situasi yang membawa saya kepada trauma itu berlaku, panic attack akan mula menyerang saya.
Ana pula, dia ingat satu-persatu tragedy itu. Dari awal hingga akhir. Satu persatu,dia boleh ceritakan. Tetapi, dia tidak terkesan dan tidak merasai emosi ‘sakit’ saya ketika itu. So, Ana tidak akan terkesan dengan situasi-situasi triggered saya itu. Sebaliknya, Ana ada triggered dia sendiri yang menyebabkan pertukaran daripada beliau kepada saya berlaku.
Mel, karakter yang memiliki kedua-duanya. Memori + emosi. Dia ingat tragedy itu, dan dia merasa penderitaan emosi waktu itu. Kesian kan Mel ni, harapnya ada seseorang yang akan menyelematkan Mel suatu hari nanti.
Inilah sedikit sebanyak three personality in me yang di create oleh minda saya.
Macam mana saya boleh tahu personality mereka? Of course lah dari orang sekeliling.
Oh man, I live with these personalities for almost 10 years, of course saya dah korek tentang mereka berdua. Kami tidak berkongsi memori. Apa yang saya lalui, Ana tak kan ingat, apa yang Ana lalui, saya takkan ingat, dan apa yang Mel lalui, kami berdua takkan ingat sama sekali.
Masing-masing memegang memori masing-masing.
It something like amnesia, saya dah lupa term yang sebetulnya tu apa untuk keadaan yang ‘tidak ingat apa yang jadi’ ini.
How I deal with this three?
I still remember when I was in form 4, I move to a new school. At first, I just come to that school just being an ordinary student. Pakai uniform putih, kasut putih, tudung putih. Tak berminat nak jadi pengawas sebab dulu masa kat sekolah lama dah jadi pengawas so rasa nak rehat untuk form 4 ni.
A month after that, I wake up from my bed, seeing a blue uniform hanging in my wardrobe.
First, I ask my twin, baju pengawas siapa dalam almari tu? And she said, kakak punya lah siapa lagi. Apa punya soalan lah. Then, I was just like. What the heck is happening? Bila masa pula saya jadi pengawas? No no no, this is not mine.
I go to school on that morning, wearing my white uniform as usual. Sampai sekolah, kebetulan guru yang bertugas di pintu pagar masuk pagi itu adalah guru penyelia pengawas. Saya masih ingat, reaksi wajah Ustazah Laila menegur saya ketika itu, sangat terkejut dan bertanya mana baju biru saya.
Again… saya blur. Tak faham apa yang sedang berlaku. Boleh kata satu sekolah tegur saya hari tu, pelik kenapa saya tak pakai baju pengawas. Esoknya, saya ke sekolah lagi, tetap memakai uniform putih. Sampailah Ustazah Laila panggil saya berjumpa dengannya.
Ditanya kenapa tak pakai baju sekolah, dan dimarahi juga.
Katanya, kalau tak nak jadi pengawas, kenapa beria-ia mohon dan datang masa sesi interview? Pengawas kena lah ada disiplin! I just speechless. Damn, what the heck is happening omg please can somebody tell me what is happening?
Lusa, saya ke sekolah, kali ini memakai uniform biru. Sebab dah penat dua hari asyik kena tanya macam-macam, so pakai aje lah. At the end, saya tahu yang saya adalah salah seorang pengawas sekolah waktu itu.
Nak tak nak, tugas pengawas, jadi emcee, jaga kantin, jaga teknikal, bertugas kat surau sekolah. Saya kena jalankan.
Start dari itu juga lah, saya mula tidak ingat, ke mana saya ‘gone’ dalam tempoh satu-satu tempoh. Contohnya, hari ini, saya sedar pada 2 Februari 2018. Kemudian, saya sedar lagi pada tarikh 10 Februari 2018.
Sepanjang tempoh 3 Februari – 9 Februari itu, saya tidak tahu apa yang berlaku, saya tidak ingat saya pergi mana, tidak tahu apa yang telah saya lalui dan tidak tahu apa yang telah saya lakukan. Pernah saja cuba untuk recall, sampai nak pecah kepala, tetap tak boleh tak ingat.
Paling pelik, bila ada barang-barang yang saya rasa bukan milik saya ada dalam bilik saya, which means, itu adalah barang milik tuan bilik itu lah kan. Lagi pelik, bila ada orang yang saya tidak pernah kenal, tegur saya dengan nama Ana, dan bersembang gaya macam dah lama kenal.
Pelik sekali lagi, apabila melihat ke dalam galeri telefon, ada gambar-gambar saya, di sesuatu tempat dengan orang yang langsung saya tidak kenal. Pun pelik bila ada kawan yang bertanya mengapa saya tidak datang dengan temujanji yang dipersetujui oleh ‘saya’ semalam untuk hadir?
Bertambah lagi pelik dalam kepala saya waktu itu bila, ada yang mula menegur kenapa ada hari saya hanya senyap, dan ada hari saya kelihatan sangat happy dan ceria.
Ada suatu kejadian yang sangat tidak boleh dilupakan. Semasa saya form 5, saya mewakili sekolah dalam pertandingan catur. Who knows Ana gonna appear on that day. Because the one yang join pertandingan catur itu adalah saya, Ana berkeras tidak mahu ke pertandingan tersebut walaupun dipaksa oleh guru penasihat hari itu.
Esoknya, apabila giliran saya appear, saya sangat terkejut melihat tarikh pertandingan tersebut sudah berlalu, dan segera menghubungi guru penasihat saya. Guess what happen, of course lah kena marah, dikata saya sengaja menyusahkan dan memalukan pihak sekolah kerana tidak menghantar peserta untuk pertandingan itu.
You know what I feel on time? I feel very angry. Angry with my own self. Pernah rasa nak marah pada diri sendiri? Sakitkan rasa tu? Lagi sakit bila saya langsung tak boleh nak buat apa-apa untuk cuba betulkan keadaan. Saya rasa sangat marah kerana telah menyusahkan orang lain.
The thing is real. I start to realize that I cannot function well anymore.
Segalanya adalah pelik waktu itu. Stres sebenarnya. Stres sebab tak faham apa yang jadi. Stres bilamana tak ada orang yang boleh saya tanya tentang ‘kepelikan’ ini. Stres bila tiba-tiba saja ada orang marah pada saya bila saya tidak menunaikan janji yang dibuat dengan mereka. Sedangkan saya langsung tidak tahu dan tidak pon siapa mereka.
Bayangkan keperitan saya yang hanya memendam perasaan waktu itu. Rasa sangat tertekan bila saya mula rasa saya sudah gila! 2 tahun saya ambil masa untuk faham situasi pelik ini. 2 tahun saya sabar menerima pelbagai tohmahan orang sekeliling.
Bila orang cakap saya ni pembohong, kaki penipu, tak tepati janji, sewel, macam-macam lah masa sekolah dulu, saya hanya biar saja. Saya hanya mendiamkan diri bila ada kekecohan berlaku disebabkan oleh keadaaan yang saya tidak boleh nak explain ini.
Balik rumah, saya tak pernah cerita pada keluarga, sebab tak rasa nak cerita pun. Saya tak rasa mak ayah saya akan faham dengan cerita pelik saya ini. Saudara kembar saya, dia tau saja situasi yang yang saya hadapi di sekolah, tapi dia buat tak tau saja. Tak pernah pun tanya saya apa-apa.
Di sekolah, saya dan kembar ibarat tiada hubungan apa-apa. Persis orang yang tak pernah kenal dan masing-masing hanya menguruskan hal masing-masing saja. Saya sangat sunyi sewaktu persekolahan menengah dahulu. Tidak ada kawan rapat, tidak ada sesiapa.
Tiba saja waktu rehat, saya akan ke bilik gerakan pengawas, seorang diri mengunci pintu. Bukannya tidak lapar, mahu saja ke kantin, tapi saya rasa sangat sedih sebab tiada siapa-siapa yang sudi berteman dengan saya. Puas saya ajak kembar saya untuk sama-sama ke kantin, tapi dia tidak mahu, dia lebih memilih untuk makan bersama kawan-kawannya.
Waktu rehat adalah waktu yang paling hiba untuk saya. Melihat semua orang berteman ke kantin, membuatkan saya juga tidak mahu keseorangan sewaktu makan.
Allahu.. I suddenly broke myself into tears rn. Sangat terkenang akan memori itu. Doakan semoga ALLAH sembuhkan luka dan kesedihan di hati saya ini.
Berlalu masa sehingga saya melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma. Makin beranjak usia, makin saya mahu kepastian dalam hidup saya. Hakikatnya, saya tidak mampu untuk belajar pada waktu itu. Dengan tidak boleh fokusnya, susah nak ingat apa yang dah belajar, tak boleh nak siapkan tugasannya, saya tetap berani buat keputusan untuk mula membawa diri keluar dari rumah.
Salah satu sebabnya, saya sudah penat dengan ‘tiada layanan’ di rumah. Sebab yang lain, ayah memang suruh sambung belajar. So saya ikut sahajalah kata ayah waktu tu. Dengan kembar saya memutuskan untuk menyambung pengajian ke peringkat STPM, kami berdua akhirnya benar-benar membawa haluan masing-masing.
Tidak ada lagi keluarga yang akan bersama saya ketika itu. Keadaan masih sama. Malah makin teruk.
Tapi ketika inilah saya mula belajar untuk melihat dunia dari kaca mata yang berbeza dari sebelumnya. Benarlah, tiap yang berlaku ada hikmahNya. Akhirnya, setelah bertahun saya melalui berbagai keperitan seorang diri, akhirnya ALLAH menghantar seseorang untuk membantu saya.
Ada kisah yang paling saya tidak boleh lupakan sewaktu saya di pengajian diploma dahulu.
Ana waktu itu, sangat seronok kerana akhirnya sudah bebas dari sekolah. Waktu itu, pertukaran identiti sangat aktif berlaku, dan saya memang tidak dapat mengawalnya. Waktu itu juga, Ana sangat kerap ‘appear’ pada waktu malam, setelah saya lelapkan mata, Ana pula yang terjaga.
Boleh dikatakan, hampir setiap malam Ana keluar bersama teman-temannya. Bayangkan saya ke kelas pada waktu siang dengan mengantuk tahap gaban, dan keletihan yang amat sebab tak cukup rehat. Waktu inilah kawan-kawan yang mengenali saya melaporkan hal-hal aneh kepada kaunselor di IPT saya.
Suatu malam, saya dilihat bersama beberapa orang kawan yang saya tak kenal, sedang lepak bershisha di suatu port shisha di Kuantan. Lebih mengejutkan, saya tidak memakai tudung waktu itu. Memang huru-hara masa tu.
Saya, sudahlah salah seorang exco dalam Majlis Perwakilan Pelajar di kolej waktu itu, tidak pernah menonjolkan karakter sedemikian pastilah membuatkan orang-orang di sekeliling sangat terkejut dengan perubahan saya itu. Lagi kejadian dasyat berlaku.
Saya ditangkap sedang memanjat pagar asrama kolej untuk keluar pada waktu malam.
Terus pengsan saya dibuatnya bila kawan saya cerita dekat saya masa tu. Percayalah, semua itu berlaku dalam keadaan saya tidak sedar.
“Surely with difficulty is ease. With difficulty is surely ease.” – Al Insyirah: 5-6 – Selepas kejadian ini lah, kaunselor di kolej mula mendekati saya. Mula mahu mengenali saya dengan lebih dekat. Lama juga beliau mengambil masa untuk memahami keadaan saya, maklumlah, kes saya ni tersangatlah complicated untuk difahami.
Di sinilah bermula nya saya mula belajar untuk ‘deal’ dengan Ana. Saya mula berinteraksi dengan nya. Tinggalkan nota di atas meja, bila saya appear semula, pasti nota itu akan berbalas.
Makin hari, kami mula belajar untuk tidak pentingkan diri. Ana mula rajin ke kelas, dan saya mula memberi ruang untuk dia bebas menjadi dirinya. Semuanya saya tetapkan rule untuk dia. Kalau dia nak sesuatu, dia mesti ikut apa yang saya nak dahulu.
Kaunselor saya ketika itu lah yang banyak membantu saya.Dia lah yang banyak ‘deal’ dengan Ana. Dan dia juga berkawan baik dengan Ana. Disertai juga dengan beberapa kawan yang cukup memahami dan mengerti situasi saya.
Mereka banyak membantu, terutamanya ketika Ana appear. Diorang lah yang melayan Ana.
Saya masih ingat, kawan-kawan saya bagitau pada saya waktu itu, Ana tu macam adik, yang kena layan, yang kena teman 24 jam. Bila cakap elok-elok, dia dengar saja. Oleh sebab Ana ni suka keluar dan menghabiskan duit elaun saya ketika itu, saya serahkan segala akaun simpanan pada kaunselor saya.
So, dari situ lah Ana mula mengikut kata. Sebab, dia nak duit. Tapi tetap ada juga masa saya tidak dapat mengawal Ana, at the end, saya just let it happen.
Ingat tak penat ke nak kawal diri sendiri dalam keadaan unconscious tu?
Penat…serius penat. Bab belajar, target saya every sem, cukuplah dapat lulus semua subjek. Ana sangat tidak suka akan bidang yang saya ambil. Of courselah, cara berfikir dan minat kami adalah berbeza. Waktu itu, dia commit pergi kelas pon dah cukup rahmat bagi saya.
Assignment? Memang pening lah nak siapkan. Ana sangat lah malas nak siapkan tugasan. Dia akan hanya siapkan bilamana saya memang tidak appear dan selepas dipaksa 9786 kali oleh kaunselor dan kawan-kawan saya.
Hasilnya, saya selalu akan tergelak bila baca. Walaupun hakikatnya, yang siapkan tugasan itu adalah tangan dan kepala saya sendiri.
Tentang program yang saya terlibat, Ana belajar untuk libatkan diri juga. Dia mula belajar untuk ambil tanggungjawab dengan penglibatan saya di kolej. Itupun selepas sejuta kali diheret oleh kaunselor dan kawan-kawan untuk turut serta.
Pernah suatu program induksi pelajar baru, saya bertugas menjadi emcee pada majlis penutup. Majlis penutup induksi sangat berprotokol kerana melibatkan ramai ahli pengurusan. Hari kejadian, Ana yang appear, dan kawan-kawan tidak menyedari bahawa itu adalah Ana. Tambahan pula, Ana dilihat sangat rileks dan seperti sudah tahu apa yang hendak dibuat.
Tau apa jadi? Ana willing saja untuk jadi emcee waktu tu.
Tapi…. Disebabkan dia tak pernah jadi emcee, sewaktu berucap di hadapan, dia ambil kerusi dan berucap sambil duduk. Semua pengurusan terkebil-kebil memandang. Paling haru bila, dia tak jumpa kat mana saya letak video korporat lagu Negaraku dan Lagu Mara di dalam laptop.
Oleh sebab dia ni sejenis yang selamba, dicarinya sahaja di youtube, dan pasang video itu kepada audien. Video korporat yang terbaru tidak ada di dalam youtube. Wajib bila majlis rasmi macam tu, mesti pasang video korporat yang telah disediakan khas.
Bertuah betul lah si Ana tu. Huru-hara team protocol waktu itu. Kecoh pengurusan masa tu. Yang kena menjawab, kaunselor saya lah masa tu.
Terbahak-bahak kawan-kawan yang menceritakan kejadian itu kepada saya. Kata mereka, tak pernah tengok emcee duduk tengah berucap macam tu.
Inilah dia, sedikit perkongsian bagaimana kisah DID saya bermula dan bagaimana saya ‘deal with it’. Sangat exhausted sebenarnya.
Ada yang pernah melalui keadaan sama seperti saya? Then you know how the exhausted feelings right?
Penat…tak faham apa yang jadi..kena bertanggungjawab dengan ‘kecoh’ yang berlaku, penat dengar orang cakap kita ni sewel sebab sekejap macam tu sekejap macam ni. Macam-macamlah.
It’s okay Johana, keep on believing that ALLAH has a better plan for you. And sure HE is the best planner, indeed.
p/s:
Yeap, no worries. I know you started working at new place today. How was your first day going? It’s okay brother, I’ll respect your office hour. Can’t deny that I feel so happy receiving your reply through your post at your page. Thanks for the present. I do appreciate every single word in the song. May ALLAH bless everyone who is willing to send their prayer to me, subhanAllah, they are so kind, and may ALLAH bless you too Brother Aiman.
– Johana –
Kisah Johana ini bersambung di part ketujuh: Journey To Recovery: Of Hopes And Prayers
Berminat untuk menghantar kisah “perjuangan dalam senyap” anda? Klik di sini