BipolarDepression

Luluh

Perkara yang paling perit dan pahit untuk lalui adalah merasa keseorangan dalam perjalanan ni.

Saya ingat lagi apabila saya disuruh, diheret ke hospital, saya rasa sangat takut. Apabila saya beritahu kawan-kawan sekuliah kenapa saya tidak ke kuliah kerana dihantar ke hospital, mereka hanya geleng kepala dan memberi respons tidak percaya.

Saya ingat lagi kena pergi ke hospital untuk pemeriksaan susulan.

Pertama kali disuruh untuk makan ubat. Segalanya memenatkan, bukan kerana saya tak nak sihat, tetapi kesunyian dan keperitan itu. Sepanjang perjalanan ni, saya selalu jatuh dan berhenti.

Apabila ada saja peluang bersendirian, saya akan menangis teresak-esak. Kadang saya bermalam di dalam kereta saya sebab saya hendak tamatkan hidup. Dan terjaga esok hari dengan keadaan yang teruk.

Namun, orang tak pernah tau. Sebab realitinya, saya nampak seperti seorang wanita normal… Namun hakikatnya, saya sunyi dan muak dengan perjalanan ni….

– Saya –

Berminat untuk menghantar kisah “perjuangan dalam senyap” anda? Klik di sini

Komentar FB

Komen

%d bloggers like this: