Anxiety

Hilang Dalam Terang

Sudah 5 tahun rasanya diriku tdk mengecap cahaya kegembiraan walau sebesar mana anugerah yang tuhan kurniakan kepada aku. Terkadang aku rasa semacam aku tdk bersyukur, tapi bagaimana jika hati ini merasa amat jauh dari sinar gembira. Emosi yang dulunya penuh berwarna kini samar-samar. Yang kurasakan bagaiku hilang dalam terang.

Aku telah disahkan menghidap Generalized Anxiety Disorder sejak tahun lepas namun segala simptom yang aku alami sudah 5 tahun lamanya. Aku terlihat normal dan periang pada luaran tapi kehidupanku tdklah seperti apa yang terzahir.

Seperti orang lain, aku juga punya impian besar, maksud aku SANGAT BESAR sampai terkadang penat mengejarnya. Impian terbesar aku adalah untuk membahagiakan keluargaku terutama ibuku. Almaklum, ayahku sudah meniggal sejak aku berumur 3 tahun. Ibulah yang menanggung segalanya kehidupan kami. Sejak kecil aku menyimpan hasrat untuk menjadi orang yang Berjaya kerana ingin membawa keluargaku dari kancah kesusahan. Dari bangku sekolah lagi aku merupakan pelajar yang sangat pendiam dan kurang bergaul dengan orang lain dek kerana merasakan diri ini terlalu kecil berbanding orang lain.

Namun, aku masih mampu untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Biarlah apapun yang terjadi dalam lingkungan keluarga, pelajaranku tidak pernah terjejas malah mampu memberi sinar harapan buat ibuku. Bole dikatakan semua peperiksaan umum aku dapatkan keputusan yang cemerlang sehinggalah aku dimasukkan di sekolah berasrama penuh dan seterusnya ke universiti.

Bagi aku masa itu, aku pasti dihujungnya aku bakal menuai kejayaan yang lebih lagi kerana sebelumnya aku pernah menggapai bintang. Ya memang betul hinggakan di university pun pernah menjadi pelajar terbaik bagi program yang aku ambil.

Satu subuh yang sunyi saat azan berkumandang semasa aku di tahun akhir ijazah sarjana muda, dalam dadaku ibarat dicengkam kuat membuatkan aku merasa debaran yang kuat. Aku tidak faham waktu itu tentang apa yang sebenarnya berlaku dalam diriku. Aku mulai menjauhkan diri dari rakan-rakan dan semua yang kulakukan secara bersendirian.

Rentetan itu, keputusanku pada semester tersebut tidak melayakkan aku mendapat anugerah dekan seperti apa yang aku kecapi saban semester. Saat itu jiwaku amat luluh kerana aku rasa usahaku selama ini semacam gagal walaupun bagi orang lain mungkin normal kerana kehidupan itu ada naik dan turun.

Aku faham semua itu dan aku sangat faham.

Tapi jiwaku yang terlalu mahukan kejayaan dan tdk mahu kalah memberontak. Ibarat rezeki yang tak disangaka, Usai habis ijazah, aku mendapat tawaran bekerja lewat keputusan ku yang total. Sekarang aku rasa impianku hamper tercapai. Aku bole memberi duit bulanan kepada ibuku dan berbelanja untuk mereka saat balik ke kampung halaman. Sepertinya mendung kadangkala menerjah saat mentari bersinar, aku ingin memastikan bahawa aku adalah pekerja yang berkualiti dan produktif. Segala dalam pemikiran aku adalah kesempurnaan padauk dan pada pandangan orang lain kerana aku yakin, aku pernah melakukannya sebelum ini.

Kalu dulu aku mampu, SEKARANG JUGA AKU MAMPU!

Itu yang aku bayangkan. Tiba-tiba namaku dipanggil oleh majikan untuk memberikan tugasan kepadaku. Aku mengangguk faham dan lantas dengan yakinnya aku mampu lakukan dan aku mesti buktikan. Menghadap sahaja computer untuk melaksanakan tugas tersebut, tanganku menggeletar, otak ku ibarat kosong dan aku menjadi kelam kabut dan pemikiranku juga berkecamuk.

Bagi aku, aku sudah gagal ditambah lagi dimarahi atas kerjaku yang agak tidak memuaskan.

Terngiang-ngiang dalam pemikiranku, “kau dah la pelajar terbaik, takkan tak mampu buat”, “malunya aku jikalau orang lain tahu”. Aku tak puas! Aku memgambil emergency leave beberapa kali. Bukan atas aku ada urusan atau tak sihat tapi aku ingin memberikan ruangan pada diriku sendiri untuk menenangkan diri.

Aku yang tinggal berseorangan merayau ke masjid-masjid untuk mencari tuhan. Kerana aku rasa aku amat penat dan kepenatan ini biarlah aklu tanggung sendiri tanpa orang lain mengetahui. Dengan mengingati Allah hati jadi tenang. Itulah yang ku pegang walau selalu tersungkur jua!

Rezeki yang tak diduga menerpa lagi untuk yang keberapa kalinya dalam hidupku, aku dipanggil ke bilik majikanku.  Dia menawarkan aku biasiswa untuk menyambung pelajaran ke pringkat ijazah sarjana.

Rezeki dan peluan yang siapapun tak akan lepaskan.

Tapi bagi aku, aku terpaksa memikirkannya berhari-hari untuk setuju. Bermacam-macam yang bermain di kepala aku, aku takut nanti aku terhutang budi, aku takut nanti aku tidak dapat perform apabila bekerja semula nanti, debaran-debaran yang dulu tambah menujah-nujah. Aku bingung!

Baik bos, aku terima!

bermulalah perjalanan aku seterusnya di university lagi. Kali ini pun masih sama aku ingin memastikan aku dapat mengulangi kejayaanku yang dulu dalam akademik. Kalau dulu aku mampu, sekarang pun aku mampu! Kitaran bermula lagi, dengan emosiku yang bercampur aduk, aku memaksa diriku untuk mencapai kepuasan yang aku inginkan.

Ya aku Berjaya juga sehinggakan aku mendapat biasiswa tambahan dari badan professional bidang yang aku ambil atas tiket keputusan yang amat cemerlang pada semester pertama.

Walau begitu, kemanisannya masih tidak kurasakan. Aku dahaga lagi! Kali ini aku sedikit hilang dari landasan kepercayaanku yang aku mesti berjaya. Menempatkan diri dalam posisi yang sepatutnya. Bukan mahu dipandang orang tapi aku mahukan kepuasan atas diri aku.

Aku mula membuat kajian apa sebenarnya yang kurasakan 4 tahun yang terkebelakang. Akhirnya aku menjumpai……….klinik psikiatri la ‘date’ ku setiap bulan…..

Di sinilah aku sekarang, bertarung dengan diri sendiri agar tidak lagi hilang dalam terangnya siang hari!

 – Iskandar –

Hantar kisah “perjuangan dalam senyap” anda di sini

Komentar FB

Komen

%d bloggers like this: