Assalamualaikum wbt, pertamanya terima kasih kepada saudara Aiman atas usaha dalam berkongsi artikel berkenaan mental. Bagi saya, ini adalah isu penting yang harus masyarakat kita sedar untuk menangani nya dengan cara yang baik dan diterima oleh semua.
Saya mulakan kisah ibu saya yang merupakan pesakit psikiatri yang sedang dalam rawatan sehingga kini. Syukur alhamdulillah, ibu saya kini dalam proses pemulihan setelah setahun yang lepas mendapat rawatan dari pakar psikiatri.
Sekejap rasanya masa berlalu, dan segala puji bagi Allah swt kerana Allah sembuhkan ibu saya dengan izinNYA. Setahun yang lalu, bermula dari bulan Mac 2017 ibu saya sering mengadu sakit pada bahagian abdomen perutnya. Mulanya kami tidak lah menganggap terlalu serius. Jadi kami rujuk beliau ke klinik awam. Namun, keputusannya hanya gastrik sahaja bersama ubat.
Setelah itu, keadaan ibuku semakin teruk apabila beliau sering meracau dan tidak tenteram keadaan nya. Beliau sering menyebut ingin membunuh diri, dan sebagainya. Dan keadaan menjadi semakin agresif apabila beliau mula mengambil alatan tajam, melompat dari katil dsbgnya.
Kami terus rujuk beliau dgn hospital dan doktor di bahagian kecemasan terus rujuk kes ibu saya kepada pakar psikiatri setelah dibuat semakan. Ibuku disahkan menghidap kemurungan. Berbulan lamanya kami sekeluarga menjaga beliau, dan bermacam cara perubatan kami ikhtiarkan.
Dalam masa yang sama, temunjanji bersama pakar psikiatri tetap dijalankan. Ubat-ubatan yang diberi oleh doktor psy ada juga yg tidak ngam dngn ibuku sehinggkan satu masa ibuku terpaksa admit ke hospital. Ibuku mengalami kemurungan. Kami mungkin tidak.tahu apakah punca sebenarnya namun kami terus ikhtiar dan memberi sokongan kepadanya.
Berdoa dan terus berdoa.
Melalui apa yang dilalui ibuku, membuatkan saya sedar, kita manusia masing2 mempunyai masalah mental yang berbeza. Bagaimana kita hadapinya dan menanganinya sahaja. Lifetsyle kita cara pemikiran kita.. jangan kita bersikap terlalu menghukum.
Dan media massa yang ada skrg ini lebih merbahaya kerana bagi saya ia boleh mempengaruhi otak kita cara pemikiran kita. Setiap luahan kita dalam diam kadang2 menjurus ke arah kemurungan diri.
Saya bersetuju dengan cara saudara aiman dlm mengadakan artikel mental seperti ini. Kerana kita semua sedang mengalaminya.
– Mawar –
Hantar kisah “perjuangan dalam senyap” anda di sini