Anxiety

Kawan Perempuan Kena Panic Attack – What To Do?

Semasa menghadiri seminar Fahami Cabaran Psikologi Kanak-kanak & Remaja baru-baru ini, seorang sahabat saya ada bersama, menjadi peserta. Untuk cerita ini, saya namakan beliau Yaya, bukan nama sebenar.
 
Namun, pada hampir ke penghujung program, saya menerima mesej daripada beliau (kami tak duduk sekali kerana berlainan jantina).
 
“Aiman, rasa macam nak kena attack jap lagi. Tangan dah menggigil-gigil dari tadi.”
 
Yaya itu, memang mempunyai diagnosis General Anxiety Disorder (GAD), dan saya memang tahu berkenaan dengan itu.
 
Kerisauan saya ketika itu:
 
  1. Tiada orang yang boleh membantu untuk menenangkannya (yang sama jantina)
  2. Beliau datang bersama dengan seorang kawan lagi, tetapi kawan tersebut tiada pengalaman / tidak tahu kondisinya.
  3. Tempat yang ramai orang.
 
Saya pun membalas mesejnya, “Kawan yang datang sekali tu, tahu tak?”
 
Tak berbalas. Hanya SENT, tetapi tiada READ (blue tick).
 
Setelah beberapa minit, rasa tak sedap hati. Saya berpusing kepala ke belakang untuk melihatnya, terkejut. Beliau sedang berketar-ketar, dan pandangan matanya kosong dan redup.
 
Saya tahu, itu tanda beliau sudah terkena Panic Attack, kerana saya pernah melihat situasi yang sama oleh beliau beberapa minggu yang lalu.
 
Sahabat yang datang bersama dengannya, memeluknya dari tepi, sambil memegang tangannya. Namun saya perasan, sahabatnya itu juga kelihatan kekok dan tak tahu nak tolong bagaimana.
 
Saya berdiri dan berjalan ke arah mereka, dan sampaikan pesanan kepada sahabat itu, “Ajar dia bernafas.”
 
Sambil itu, saya mengambil beg tangan Yaya, dan mencari ubatnya. Tak jumpa. Cari lagi, jumpa ubat lain, tetapi tak berkaitan. Saya keluarkan satu ubat, tetapi nampak Yaya menggelengkan kepala.
 
Petanda itu bukan ubatnya.
 
Alamak, saya tak jumpa Alprazolam.
 
Peringatan untuk sesiapa yang berada dalam situasi kenalannya sedang terkena Panic Attack, kata kunci paling kritikal ialah, KITA JANGAN PANIK!
 
Jangan sesekali pamerkan kerisauan kita, apatah lagi membuat scene di khalayak awam. Tenang, relaks, dan jangan gopoh-gapah.
 
Ketika itu, rezeki Allah. Emcee seminar mengumumkan yang kita akan break 10 minit. Sejurus itu, saya melangkah dengan perlahan dan tenang, menuruni tangga ke arah tempat duduk penceramah.
 
Dua orang penceramah yang sedang duduk di sini, seorang lelaki, seorang perempuan, sedang berbual-bual. Saya mencelah, perkenalkan diri, dan meminta pertolongan.
 
“Dr bekerja sebagai Clinical Psychologist kan? Nak minta tolong boleh? Ada kawan saya, dia GAD, dan sekarang kena panic attack. Kat atas sana.”
 
Sambil saya menunjukkan jari ke tempat duduk tingkat atas. Beliau pun melihat, dan seperti disangkakan oleh seorang Klinikal Psikologis bertauliah, beliau tidak panik.
 
Beliau mengikut saya berjalan dengan tenang, mendaki tangga dan mendekati Yaya tadi.
 
Saya perhatikan dari jauh, dan memberi ruang kepada sesi intervensi/menenangkan beliau.
 
Selang dalam 10-15 minit, saya lihat Yaya sudah mula kelihatan tenang, dan sudah boleh bernafas, sudah mampu memandang sekeliling dan membisikkan sesuatu kepada saya (menggerakkan mulut) dari jauh,
 
“Thank you.”
 
Saya senyum. Sama-sama. Lalu Dr tersebut pun meninggalkan ruangan itu, dan saya duduk seperti biasa di kerusi, menanti sesi bermula semula selepas break.
 
—–
 
Kepada mereka yang membaca penulisan ini, sentiasa ingat ini, apabila terjadi apa-apa Panic Attack terhadap orang terdekat kita (literally jarak dekat):
 
  1. Kita sebagai orang di tepi, JANGAN PANIK. Penghidap itu perlukan seseorang yang tenang dan mampu menenangkan mereka ketika attack berlaku.
  2. Perlu ajar (ya, AJAR) si penghidap untuk bernafas. Ketika attack berlaku, mereka akan terlalu fokus pada ‘troubled thoughts’ mereka sehingga akan lupa untuk bernafas.
  3. Distract diri mereka daripada terlalu fokus pada fikiran berserabut mereka itu, dan alihkan perhatian mereka kepada sesuatu yang neutral. Contohnya, perhatikan tangan kita buat petak, atau pandang lampu kelip-kelip ini, atau apa saja. Asalkan perhatian mereka beralih.
  4. Sentuhan fizikal itu amat penting. Seseorang perlu berada bersama, peluk dari tepi, pegang tangan mereka, dan TENANG.
    Sebab faktor ini saya tak boleh buat (berlainan jantina), maka saya mohon bantuan Dr tadi. Alhamdulillah ini seminar Psikologi & Kesihatan Mental, so memang dijangka akan ada Klinikal Psikologis yang hadir sebagai penceramah.
  5. Bersedia dengan ubat mereka, tetapi jangan beri lagi selagi tak terlalu mendesak. Selagi mana boleh ditenangkan tanpa ubat, sentiasa pilih option itu.
 
General Anxiety Disorder (GAD) ini ialah sebuah kecelaruan/penyakit mental. Dan penyakit mental itu sama pentingnya seperti penyakit fizikal yang lain.
 
Be there for them, help them if needed.
If you cannot, find someone who can.
If you cannot find one, then be that someone.
 
Do that by learning and understand more about Mental Health.
 
🙂
– AP –

Komentar FB

Komen

%d bloggers like this: