Bipolar

Maafkan Aku, Ibu

Hai. Nama aku Amy. Umur dlm 30an. Sudah berkahwin. Aku pesakit bipolar. Simptom sakit aku sudah nampak sejak usia aku 11 tahun (atau mungkin lebih awal). Aku lebih kerap mengalami hypomania berbanding depresi semasa usia remaja.

Hanya beberapa kali saja aku mengalami depresi iaitu apabila berlaku beberapa triggers besar dalam hidup aku, antaranya apabila ibu bapa aku bergaduh besar, ketika aku ditinggalkan oleh ‘favourite person’ yg aku obsesikan selama 10 tahun dan selepas berkahwin.

Dipendekkan cerita aku mengalami depresi paling lama dan paling teruk selepas berkahwin.

Ketika inilah aku merancang untuk bunuh diri dan akhirnya disahkan oleh doktor psikiatri bahawa aku menghidap bipolar. Sebaik selepas aku berniat mahu bunuh diri aku mengalami hypomania menyebabkan lebih mudah untuk doktor mengenalpasti simptom yg aku alami.

Aku diberikan mood stabilizer yg perlu diambil setiap hari. Minggu pertama selepas makan ubat aku mengalami side effect seperti migrain yg teruk, sakit dada dan kembung perut serta alahan terhadap antibiotik, beberapa skincare dan seafood.

Selepas sebulan badan aku mula tolerate dengan ubat dan semua side effect tadi mulai berkurangan. Antara perubahan baik yg aku alami selepas mengambil ubat adalah suara-suara dalam kepala yg sering bergaduh sesama sendiri (si baik dan si jahat) turut berkurangan.

Aku tidak lagi melihat (di hujung mata) kelibat hitam yg sering mengekori aku. Mimpi seram yg aku alami hampir setiap hari mula berkurangan. Panic attack juga tidak sekerap dulu.

Sebelum ini aku mudah mengalami panic attack apabila mendengar bunyi yg bising seperti bunyi hujan lebat pada malam hari menyebabkan aku tidak dapat tidur sehingga pagi.

Selain itu, aku sudah jarang demam – berbanding dahulu aku demam hampir setiap 2 minggu sekali. Namun ubat sahaja belum cukup kerana aku masih dihantui paranoid terhadap keluarga mertua. Aku masih terdengar mereka mengumpat aku sedangkan bila aku tanyakan kembali kepada suami, dia mengatakan bahawa mereka sedang membincangkan hal lain.

Aku masih terlalu sensitif dengan sebarang jelingan, air muka, body language dan teguran orang sekeliling.

Sedikit kesilapan boleh menyebabkan mood aku berubah ke tahap yg teruk dalam tempoh tidak sampai 10 minit sehingga aku sanggup mencederakan diri sendiri.

Aku mula menghadiri sesi psikoterapi dan cara berfikir aku mulai berubah.

Setiap kali fikiran negatif datang, aku menangkisnya dengan kaedah yg diajar (coping technique). Namun ada masanya juga apabila tekanan terlalu besar, aku masih tidak mampu menghalang depresi walaupun dengan kombinasi ubat dan psikoterapi.

Aku mengalami relapse dan dimasukkan ke bahagian kecemasan.

Antara tekanan terbesar itu adalah harapan ibu aku yg mahukan aku bekerja makan gaji seperti orang lain. Beberapa kali aku menyatakan bahawa aku tidak mampu menghadapi tekanan bekerja makan gaji tapi bagi ibu itu hanyalah sebuah alasan.

Malah psikologis juga pernah bercakap dengan ibu dan ayah tentang keadaan aku yg tidak dapat bekerja di bawah tekanan.

Sejak bergraduasi, aku pernah beberapa kali cuba untuk bekerja makan gaji namun semuanya berakhir dengan aku meletakkan jawatan apabila berlaku beberapa konflik (bos tegur surat rasmi salah format, collegue suruh ganti tempat dia jaga exam ketika masa rehat, murid sekolah rendah mentertawakan aku) di tempat kerja.

Maka aku mengambil keputusan berniaga untuk menyara hidup memandangkan ia lebih fleksibel dan tiada pihak atasan yg menekan. Itupun ada beberapa kali aku bersalahfaham dengan pelanggan menyebabkan aku kehilangan beberapa orang pelanggan.

Hari demi hari (aku tamat belajar sejak tahun 2010) ibu masih tidak jemu menyuruh aku kerja makan gaji. Bagi ibu, berniaga kecil-kecilan seperti yg aku lakukan sekarang tiada masa depan.

Aku faham bahawa dia mahukan yg terbaik untuk aku. Kalaulah aku lebih kuat dan tidak mudah sensitif dengan tekanan tempat kerja, tidaklah sengaja aku mahu menghampakan permintaan ibu.

Tapi, aku masih tidak mampu.

Aku masih berusaha untuk hidup normal seperti orang lain walaupun sangat menyukarkan. Aku harap sangat ibu faham kenapa aku begini. Aku tidak mahu dia kecewa melahirkan anak yg tidak mampu membanggakan dia. Maafkan aku, ibu.

– Amy –

Berminat untuk menghantar kisah “perjuangan dalam senyap” anda? Klik di sini

Komentar FB

Komen

%d bloggers like this: