Depression

I’m A Survivor!

Saya nak kongsi pengalaman sy selama menghidap MDD with psychotic.

Sejak tahun 2014, selepas melahirkan anak ke-2, saya perasan sesuatu. Saya tak macam sy yang dulu, ceria & periang walaupun ada banyak masalah. Saya mula berasa bersalah atas setiap perkara yang terjadi di tempat kerja & rumahtangga.

Saya rasa saya gagal menjadi isteri,ibu & pekerja yang baik. Setiap apa yg sy lakukan akan di akhiri dgn kekecewaan.

Sy mempunyai peristiwa lampau yang pahit untuk dikenang ketika kecil. Sy juga mempunyai history keturunan keluarga menghidap MDD & schizophrenia (nenek,3 org makcik & sepupu).

Saya berdendam dengan zaman kanak-kanak sy. Saya sering bermimpi mengenai zaman silam sy. Sy seolah2 tidak boleh let go apa yg berlaku ketika kecil. Apa orang sekeliling buat pada sy,sy terima & x melawan. Saya tiada tempat mengadu walaupun sy sudah berkeluarga.

Sy lebih suka memendam rasa.

Sy rasa tiada siapa boleh bantu saya. Sy susah nk tidur malam,bila tertidur kerap bermimpi. Setiap hari xpernah satu hari pun sy xbermimpi. Sy selalu menangis tanpa sebab. Sering terfikir untuk mengakhiri hayat sy. Sehinggalah sy mengandung anak yg ke 3. Simptom sy semakin teruk.

Suami bwk sy ke klinik biasa. Dr kata sy hanya stress & penat sebab mengandung. Sy anggap apa yg dr bgtau betul, mungkin disebabkan hormon ketika mengandung penyebab sy stress. Sy mula perasan sy dh boleh dgr bisikan.

Pada mulanya takut, tp lama2 sy terbiasa. Bisikan tersebut sering suruh saya tikam anak dalam perut. Sering mengata sy seorang yg lemah & tak guna untuk jadi manusia. Sepanjang mengandung sy terbawak2 dengan emosi yang negatif.

Sy kerap menangis, mengamuk dan paling menyedihkan sy pukul anak2 yang lain. Sy pernah pijak perut anak sy yg sulung sebab dia xmahu makan. Bila terkenang peristiwa tu sampai skrg sy rasa sedih. Tp saya tau, ketika tu sy bukan diri sy yg sebenar. Sy terhasut dengan bisikan.

Selepas melahirkan anak ke-3, simptom makin teruk. Anak sy sawan tangis,menangis berjam2. Sy berasa sgt depressed. Sy kerap menangis. Sy penat nak memujuk dan uruskan baby sy. Sy cubit & tampar baby. Sy jugak pernah golek2 kan dia atas katil.

Selepas habis pantang & masuk bekerja,sy selalu dengar bisikan tu suruh sy lempar anak sy (sy duduk kuarters guru tgkt 3) setiap kali pergi & balik dari kerja. Sy jadi takut bila ada berita ibu kelar anak dalam pantang. Saya jadi takut terpengaruh dengan bisikan tersebut.

Sy bagitau husband, sy perlu jumpa pakar psikiatri bukan dr biasa. Suami setuju.

Sy search hospital swasta yang ada pakar psikiatri dan Alhamdulillah sy berjumpa dengan dr Wan Rushaidi di Kedah Medical Centre. Sy terangkan semua simptom sy, doc diagnosed yg sy MDD bercampur pula dgn postpartum depression (meroyan).

Bayaran kali pertama around rm200 dan sy dpt mc hampir 3mgu. 4 kali juga sy dapatkan rawatan dengan dr Wan. Sy rasa tak mampu nk teruskan rawatan dengan kos yang tinggi.

Dr wan bantu sy buat surat referral ke hosp govt & saya berjumpa dengan dr Siti Zubaidah di hosp Sultanah Bahiyah. Saya mc hampir 2 bulan setengah.

Sy bersyukur berjumpa dengan doc yg sgt baik. Sy juga dapat rawatan psikoterapi yg banyak bantu sy alihkan pemikiran negatif. Sy diberi ubat Efexor XR 150mg & Seroquel 300mg.

Alhamdulillah… Serasi dengan sy dan xperlu buat ECT (pada awalnya dr cadangkan buat ect). Makin lama banyak perubahan positif sy rasa. Sy sudah jarang bermimpi. Sy dapat tidur yang lena. Tenaga sy semakin pulih. Sy sudah boleh bercakap & bersembang dengan kawan2 (sebelum ni sy banyak menyendiri).

Sy boleh mengajar dengan ceria (sebelum ni sy suka marah2 & baling brg). Sy mula merasakan hidup ni sangat bernilai. Sy tak pernah fikir untuk mati lg.

Org kedah cakap, macam kutei tauk buang bila dh sembuh ? Alhamdulillah..

Allah xkan uji hamba-Nya dengan ujian yang tak mampu kita hadapi. Bermaksud saudara saudari juga, insan2 yang hebat!! Saya dah melaluinya, sy dah rasa kesakitannya, penderitaannya. Saya yakin saudara & saudari juga akan sembuh.

Dapatkan rawatan, jangan berlengah. Yakin bahawa ini ujian untuk kita menghargai sebuah kehidupan. Disiplin makan ubat ya. Saya masih dalam rawatan dan pantauan doc. Boleh katakan sy 85% sihat.

Alhamdulillah..segala puji bg Allah. Dia yg memberi & dengan izinNya dia juga menyembuhkan.

Stay strong!!!!??? And keep fighting ????

– Nur –

Berminat untuk menghantar kisah “perjuangan dalam senyap” anda? Klik di sini

Komentar FB

Komen

%d bloggers like this: