DepressionPTSD

Pendam – Dendam

Saya Nora, umur 20 an, hobi baca ilmu psikologi, student master pengajian islam dan sedang mengajar di sebuah sekolah agama berasrama penuh. Basically background saya memang agama, saya menghafaz al-Quran; biasa masuk pertandingan hafazan dan menjadi rujukan dalam bidang saya.

Saya tak berharap cerita saya menjadi episod panjang disini, cuma saya harapkan suatu langkah yang boleh membantu saya hasil perkongsian saya ini.

Cerita bermula ketika saya yang hanyalah seorang kanak-kanak perempuan mula menunjukkan tanda-tanda keremajaannya. Abang kandung saya selalu mencabul saya. Perbuatan ni selalunya dilakukan ketika saya tidur, jadi saya antara sedar dan tak sedar untuk meghalangnya.

Hal ini berterusan hinggalah saya menginjak ke usia 15 tahun seingat saya, ketika ni baru saya benar-benar tahu dan yakin bahawa apa yang abang saya buat keatas saya adalah salah! Seingat saya, selepas tu abang dah takde buat perkara terkutuk tu lagi.

2Walaupun saya pernah beberapa kali terlihat dia melakukan perkara tersebut kepada adik-adik saya pula. Setiap kali saya nampak, saya akan mencegahnya dan memberitahu adik bahawa perkara tersebut salah. Saya tak mahu adik-adik saya melalui tempoh bodoh yg lama seperti saya.

Akibat dari peristiwa hitam ini, sepanjang hidup saya, saya sentiasa berperang dgn dua keadaan. Kadang-kadang saya terasa ingin diperlakukan sepertimana yg abang lakukan pd saya saban tahun. Dalam masa yang sama saya benci, takut dan marah. Tak tahu pada siapa.

Pada mak ayah yg tak ajar/ambil berat tentang pengetahuan seks?

Marah pada abang yg buat kerosakan pada sejarah saya?

Benci pada diri sendiri? Tak redha pada Allah?

Entahlah.

Ketika awal dua puluh an, saya dilamar dan telah dipinang oleh seorang lelaki, selama hidup saya tak pernah menceritakan hal sejarah hitam saya ni pd sesiapa sebab takut, malu, entah apa lg. Tp tiba-tiba saya ceritakan sejarah hitam ini pd lelaki yg meminang saya. Saya mungkin berharapkan lelaki tersebut memahami keadaan saya yang takut- risau- kecelaruan etc, kerana lelaki tersebut merupakan penuntut ijazah sarjana muda bidang psikologi ketika itu.

Malangnya sangkaan saya meleset bila suatu hari dia telah merogol saya. Saya mengurung diri dibilik selama seminggu, buat mak dan ayah risau. Saya hanya memberitahu keluarga bahawa saya perlukan masa untuk bertenang.

Selepas seminggu luaran saya benar-benar okay, waras dan menjadi hyper happy seperti selalu.

Sehingga sekarang tiada seorang pun dalam keluarga yang tahu tentang mengapa saya mengurungkan diri. Tak apa, walaupun hati dan akal saya hancur teruk, saya yakin Allah sahaja yg menjaga saya selama itu hingga sekarang.

Sehingga sekarang walaupun saya rasa saya maafkan sahaja pelaku kedua-dua kisah ni, tp dua episod hitam ini masih selalu bermain dalam kehidupan saya. Seperti akibat dari peristiwa pertama, begitu juga akibat peristiwa hitam kedua ini. Saya selalu berperang dengan rasa benci dan suka terhadap peristiwa tersebut, entah mengapa.

Yang paling kemuncak ialah ketika saya menjadi guru ni, saya telah mencabul seorang pelajar perempuan saya. Saya tak tahu apa yg saya nak, saya tak pernah suka pun buat semua tu, tapi saya buat.

Pelajar tersebut amat rapat dan sayangkan saya, dia menangis setiap kali menjadi mangsa syaitan diri saya ini. Tapi dia tak pernah melaporkan kpd sesiapa kerana dia sayangkan saya. Menurutnya dia mahu memahami saya dan membantu saya.

Saya akui beliau adalah pelajar yang paling special dalam hati saya kerana banyak yang saya belajar selama menjadi cikgu beliau. Saya nak pindah dari mengajar sekolah ni, saya nak lari dari semua, saya nak mati. Saya penat dengan semua ini.

Saya taktau apa lagi yang saya akan lalui. Luaran saya sentiasa normal dan waras. Saya selalu menjadi rujukan. Semua pelajar sayangkan saya kerana saya banyak mengambil berat.

Tapi sebenarnya saya sedang berperang dgn diri saya sendiri.

Saya sayangkan pelajar saya, saya tak mahu beliau rasa melalui sejarah hitam dalam hidup beliau sepertimana yg pernah saya lalui. Apa yang saya sedang lalui… apa yg saya buat… apa yg sebenarnya patut saya buat… adakah saya gila? Saya takut…

 – Nora –

Berminat untuk menghantar kisah “perjuangan dalam senyap” anda? Klik di sini

Komentar FB

Komen

%d bloggers like this: