Assalamualaikum kepada admin blog serta readers blog ni.
Nak dimulakan cerita saya ni sangat sangat takut bila berhadapan dengan orang ramai, selalunya berlaku bila buat presentation dpn kawan2,bila kena interview.
Saya macam tak boleh nak control ketakutan saya sampai jantung saya berdebar dengan laju. Everytime saya kena macamtu, automatik suara saya akan terketar-ketar dan saya terus lost confident.
Saya terlalu overthink akan apa yg orang lihat pada saya,kata pada saya. Saya tak boleh jauhkan cara saya berfikir tu. Seumur hidup saya menderita dengan masalah ni. Macam2 perasaan saya pendam, sedih,rasa tak berguna. Saya pernah juga menjalani ujian kesihatan mental kat booth pameran universiti dan akak tu cakap saya ada anxiety yg teruk.
Saya terkejut dan akak tu suruh saya dapatkan nasihat daripada konsultan.
– YY –
Berminat untuk menghantar kisah “perjuangan dalam senyap” anda? Klik di sini