Saya merupakan seorang pelajar degree di salah sebuah universiti awam berprestij di sekitar selangor. Selama saya hidup 22 tahun, saya tidak menyangka yang saya akan jatuh teruk sampai didiagnosed “depression”.
Semuanya bermula apabila nenek saya yang saya jaga utk berbulan lamanya, pergi meninggalkan saya. Saya jadi lost. Sedih setiap hari. Menangis sampai penat. Saya skip class utk beberapa kali dan alasan yang selalu diberikan kepada kawan-kawan dan lecturers “maaf saya tak sihat”.
Setiap hari saya taknak bangun dari tidur. Saya boleh tidur utk berjam jam tanpa makan dan minum. Sampailah satu tahap saya overdosed tanpa sedar dan terpaksa dikejarkan ke ER. Selepas itu, saya decide utk pergi ke unit kaunseling universiti.
Kerana bagi saya, saya hanya sedih dan terlalu ikutkan perasaan. Selepas kounselor jalankan beberapa tests, dia beritahu saya kemungkinan menghadapi depression dan anxiety yg teruk. Saya direfer ke hospital pakar utk rawatan lanjut. Visits to hospital saya rahsiakan dari family.
Hingga skrg tiada siapa yg tahu saya suffer dari masalah ni. Psychiatrist diagnosed saya dgn depression, social anxiety disorder dan BPD. Saya dibekalkan dengan antidepressant dan masih lagi consume sampai skrg. Pada mulanya, saya tak dpt terima saya sebenarnya depressed. Setiap hari selepas pertama kali jumpa pakar saya akan menangis sbb tak percaya. Skrg saya masih dalam treatment psychodynamic.
Alhamdulillah, treatments sgt membantu. Tapi recently, depression episod dtg semula. Saya buat cubaan utk membunuh diri berkali kali. Saya sakitkan anggota badan dgn peralatan tajam.
Dan psikiatri beritahu saya semakin teruk. Dosage ubat semakin kuat. Ada harinya saya akan refuse utk makan ubat. Sbb saya selalu terdengar suara yg marah saya dgn effort utk jadi sihat.
Saya jadi sgt lost dan confused sbb saya taktahu suara tu betul atau hanya mainan di kepala saya sendiri. Kadang kadang, suara tu akan membimbing saya utk lukakan anggota badan. Tangan saya penuh dgn luka kelaran.
Saya jadi puas. Puas dgn kesakitan. Cerita ini adalah pada tahun 2017. Dan kini, tahun 2018, saya masih dalam journey utk sihat dan recover.
Walaupun saya taktahu sampai bila saya akan mcm ni, tapi hari hari saya pasang hope utk jadi diri sendiri yg dulu.
– Airiena –
Berminat untuk menghantar kisah “perjuangan dalam senyap” anda? Klik di sini