Depression

Kenapa Aku?

Assalamualaikum kepada semua pembaca, namaku Mawar, berumur awal 30 an, bujang dan sudah bekerja.

Masuk minggu ini sudah 3 minggu aku berjuang melawan ‘sakit’ yang tidak mampu diterangkan dengan kata-kata ini. Sehinggakan setiap hari aku asyik fikirkan mengenai mati. Apa rasanya mati? Ada tak orang yang sedih bila aku mati, macam mana cara mati yang paling cepat.

Sehinggakan aku membayangkan diri aku tergantung di syiling, mati berlumuran darah dan banyak lagi. Kenapa aku nak mati? kerana aku nak tamatkan semua ini, kerana aku harap selepas aku mati orang akan sedar bahawa aku dah tidak dipedulikan terlalu lama.

Tapi..ada ke yang akan kisah kalau aku mati?

Aku rasa kosong,tidak sedih,tidak gembira, tidak suka dan tidak benci. Setiap pagi aku bangun dan berharap dapat sambung tidur semula kerana aku rasa terlalu penat.

Aku bersiap, aku makan, aku pergi kerja dengan penuh kepayahan. Rasa terseksa untuk bertahan dan berlakon yang aku tidak apa-apa, aku normal.

Tetapi siapa tahu hampir setiap hari aku memandu sambil menangis. Bukan sebab sedih, tapi aku rasa ‘sakit’.

Kenapa aku wahai Tuhan?

– Mawar –

Berminat untuk menghantar kisah “perjuangan dalam senyap” anda? Klik di sini

Komentar FB

Komen

%d bloggers like this: