AgoraphobiaAnxiety

Saya Penat

Saya penat…..bila tiba februari, genap 5 bulan saya diserang panic attack.

saya ingat lagi kali pertama panic attack berlaku. saya takut..takut sangat2…,

saya sedang memasak dan anak sedang bermain di ruang tamu.tiba tiba datang perassan takut yang teramat sangat dan seram sejuk menyerang di bahagian tengkuk dan menjalar ke seluruh badan.lalu saya matikan api dapur dan segera baring di dalam bilik.berselubung.

hati masih takut dan badan menggigil….:

seram sejuk beserta denyutan jantung yang semakin kencang.satu yang terlintas,saya akan mati…inikah petanda kematian yang saya alami.lalu saya menggunakan khidmat google untuk mencari tanda tanda kematian.namun saya semakin panik kerana saya merasakan tandanya semakin menghampiri saya.

saya menangis..pergi memeluk anak dengan erat.

dia menolak dan meminta susu.saya membuat susunya dengan rasa yang amat sedih seolah olah itu kali terakhir saya membuat susunya.itulah peristiwa panic attack pertama saya.keesokan harinya,saya pergi ke sekolah,mengajar seperti biasa.namun kebisingan dan keceriaan anak anak murid membuatkan saya bertambah sayu.

seolah olah itu kali terakhir saya bertemu mereka.

keadaan demikian berlarutan selama beberapa minggu.saya penat…panic attack semakin kerap terjadi terutama sebelum asar kerana saya sering bimbang saya tidak sempat bertemu anak saya untuk mengambilnya di pusat jagaannya.entahlah..saya takut untuk memandu..takut kemalangan…takut tiba2 kren pembinaan menimpa saya,takut kilat menyambar hingga terpatah dahan pokok dan menimpa kereta saya…

dan takut sekiranya saya tidak sempat berjumpa anak saya….saya penat….

hampir dua minggu belalu dengan perasaan takut dan panic attack berulang.akhirnya saya mengalah,saya meminta ahli keluarga saya membawa saya betjumpa seoramg ustaz.katanya saya diganggu.alhamdulillah…selepas semangat saya dipulihkan,saya bebas dari panic attack tersebut.

selang beberapa hari,kejadian kebakaran di pusat tahfiz menjadi titik tolak peristiwa panic attac berulang kembali.

saya kembali takut.takut sekiranya saya mati,siapa yang akan menjaga anak saya…saya bimbang dan saya takut….setelah beberap episod panic attack,ianya surut selepas saya sering ke hospital akibat panic attack.saya diberi alprazolam dan ianya membantu saya untuk tidur dan bertenang ketika episod panic attack berlaku.

selang beberapa bulan,ianya surut dan hilang dan kehidupan saya kembali seperti dulu.mengajar,ke kuliah untuk menimba ilmu dan melayan anak di rumah.pada disember,panic attack kembali berulang.

saya kembali diserang rasa takut seolah olah saya akan mati.pantang sahaja terasa denyutan di dahi atau di ubun ubun,saya panic….bimbang hayat saya tidak lama.

saya akhirnya berjumpa dengan pakar psikiatrik di sebuah hospital swasta dan menceritakam segalanya kepada beliau.

saya teringat peristiwa yang menjadi titik tolak episod panic attack saya.pada januari 2017,setahun yang lepas,rakan baik saya kehilangan orang tersayang akibat kemalangan.saya berkejar ke unit forensik dan menemankan beliau.yang lebih terkesan bagi saya ialah melihat anak anaknya yang masih kecil yang seakan akan tidak mengerti apa apa tentang kehilangan ayah mereka.

dan paling menyayat hati saya apabila melihat rakan baik saya sendirian menguruskan anak anaknya.mungkin melihatnya menguruskan anak2 menyebabkan minda bawah sedar saya seting memikirkan sekiranya saya pergi dahulu,siapakah yang akan menjaga anak saya kerana anak saya terlalu rapat dengan saya.

entahlah….hari ini,genap 3 minggu saya mengambil alprazolam sebagai salah satu cara mengawal panic attack saya.saya masih diserang panic attack namun ianya masih terkawal.saya masih penat..terlalu penat apabila episod panic attack menyerang….

harap2 saya masih lagi kuat dan sentiasa kuat mengharungi kehidupan dengan panic attack ini.

terima kasih keluargaku kerana sentiasa berada di sisi saya apabila saya diseramg panic attack.sanggu memandu ke rumah saya lewat malam semata mata menemankan saya yang diserang panic attack dan sanggup menemankan saya ke hospital lewat malam apabila diserang panic attack dan sanggup menenangkan saya apabila panic attack.

terima kasih keluargaku…

– Ain –

Berminat untuk menghantar kisah “perjuangan dalam senyap” anda? Klik di sini

Komentar FB

Komen

%d bloggers like this: