AnxietyBorderline PersonalityDepression

Stress Up

Pada dasarnya, sy tidak tahu kalau saya ini mempunyai masalah-masalah mental atau tidak. Tp saya sering rasa tertekan dalam jalani kehidupan dan karier saya. Selalunya apa-apa situasi yang tegang yang saya masih boleh atasi saya akan hadapi dengan tenang dan sabar.

Akan tetapi ada satu situasi saya rasa tidak boleh handle contohnya, saya tak dapat tolerate dengan rudeness dan juga kata-kata yang boleh menjatuhkan keyakinan saya. Saya rasa agak tertekan juga terhadap kata-kata judgemental sesetengah kawan-kawan dan saudara mara.

Apabila saya setiap hari berhadpan dengan situasi macam ni, saya semakin berdiam diri, tidak banyak berkata-kata kerana saya risau akan terdengar lagi kata-kata judgemental orang. Sy tahu sy banyak kelemahan dari segi percakapan saya, tindakan dan tingkah laku saya. Ada beberapa orang yang saya jumpa..

Mereka tengok ja muka saya.. Mereka kata muka saya nampak sangat tak boleh harap. That hurt my feeling most. Tapi saya sabar dan hadapi.

Masa saya dalam usia remaja dulu, saya selalu di marahi ibu dengan kata-kata saya bodoh, saya lembab dan kata-kata yang lain yang berat untuk saya terima. Saya boleh katakan zaman remaja saya selalu sahaja saya nangis sebab saya rasa tak ada siapa yang peduli perasaan saya.

Saya sebagai anak teringin sangat nampak and dengar kata-kata dorongan dari darah daging sendiri. Saya cuma dapat encouragement untuk kuat pun dari rakan-rakan saya di sekolah. Saya rasa hairan dengan rakan-rakan yang dapat positive ja selalu. Sedangkan saya selalu sahaja mempunyai Rasa takut untuk berkata2 yang baik macam mereka.

Perkara yang buat saya sakit seumur hidup saya, bila mak saya asyik marah saja untuk benda-benda/masalah kecil Yang tidak saya buat, benda yg xda berlaku pun terkait juga. Saya paling benci saya tak dapat pertahankan diri saya dengan apa2 tuduhan mak yang tak betul.

Ada suatu masa, pernah mak sampai cakap nak tikam or sula kemaluan sy kalau didapati coba2 bercinta semasa sekolah. Saya tak suka ayat tu. Sebab agak kasar didengar. Memang saya faham meseg mak sebenarnya melarang saya/kmi yang perempuan untuk tidak bercinta dulu sebelum habis sekolah. Tapi penyampaian yang mak sampaikan tu terlalu kasar bagi saya sehingga mnguris hati saya.

Banyak lagi memori-memori duka dengan mak. Sampai kan apa-apa macam tak da duit pun saya sanggup diamkam sebab saya tak sanggup lagi hadap kena marah dulu baru dapat duit blanja. Saya rela jalan kaki dari sekolah sampai rumah kalau tak ada duit untuk tambang bas. Apa-apa rasa di hati saya, bila saya dah x tahan rasa sakit hati, saya selalu cuba menjauhkan diri dari mak atau sesiapa sahaja yang terlalu judgememtal dan talk very rude.

Bagi saya cukup lah menegur secara lembut. Bila orang dah berkasar dengan saya, saya dah tak dapat dah layan dia secara baik sebab saya risau asal je saya ckp sesuatu pendapat saya orang tak suka then macam2 lagi. Usually siapa yg baik dan trima saya saya akan layan sebaik mungkin orang tu.

Tapi kalau dah buat hati saya rasa terguris saya rsa kurang yakim untuk bergaul dengan orang tu. Zaman remaja saya, mak lah yang selalu buat saya tertekan. Saya tahu dia memgambil berat. Tp sy x tertanggung masa tu. Kalau saya sedih je.. Saya kadang x dpt nak luah dengan siapa.

Cuma orang sekeliling saya yang positif lah yang buat saya rasa di hargai. Yang kedua bagi saya ayah paling memahami and soft spoken. Kata-kata ayah sentiasa saya ingat and buat saya insaf. Kini, zaman pekerjaan saya pula saya menjumpai lagi orang yang serupa mak saya. Saya sangat tak suka. bila saya nak bergaul, bersahabat dengan dia ada saja kata-kata yang memyinggung perasaan saya. Bila saya cuba bercakap dengam dia diam ke 1000 bahasa.

Tapi dengan rakan kerja lain bukan main lagi huha-huha. Saya rasa tidak diterima dan tidak dihargai. Jadi saya mula jadi pendiam x banyak bertegur dengan rakan tu. Sebab bagi saya buat apa lagi kita nak bergaul kalau orang dah tak peduli. Jadi seperti biasa akan berlaku lah jadi pendiam, asyik duduk dalam bilik ja selepas balik kerja.

Kalau rakan tu ada kat ruang tamu, saya tunggu dia tak ada kat sana baru saya keluar. Di sebabkan perangai dingin dia tu lah buat saya tidak selesa. Saya sanggup tak masak kat rumah sebab tak nak bertembung je dengan rakan tu kat mana2. Saya sanggup beli tapau.

Saya pernah juga luah semua masalah ni dengan Tunang. Tapi saya rasa tak ada yang fahami situasi saya. Disalahkan adalah. Saya asyik nangis je bilah luah ngan tunang. Sampaikan saya pernah rasa nak bunuh diri sebab tak tahan dengan keadaan yg perangai dingin yang tidak mahu menegur dengan cara baik.

Saya buat semua itu sebab saya rasa itu ja cara terbaik untuk saya rasa tenang and away from toxic people. Saya buat begitu sebab saya rasa macam saya ni suatu beban untuk orang lain sahaja. Tu lah saya lebih suka mengasingkan diri dari khalayak msyarakat. Saya rasa sekarang saya less motivated, perwatakan sosial saya pun saya rasa makin tak baik.. Sebab saya dah tak tau nak respon baik dan meyakinkan orang lain.

Tapi saya cuba kuat juga untuk sentiasa cuba fikir dari sudut Positive supaya keyakinan saya untuk masyarakat kembali pulih. Saya rasa sy stress smpi saya tak dapat luahkam dgn siapa2. Tiada siapa yang boleh faham. Sampai saya luah dengam macam-macam orang untuk sy dengar satu kata-kata semangat ja untuk bamgkitkan saya semula dari kejatuhan saya.

Saya akui saya pun bukanlah pandai memnyampaikam secara baik maslah-masala yang saya hadapi.

Itu lah saya selalu keep silence je. Sebab tak ada oranf faham apa yanf saya lalui. Cuma saa demgan Tuhan ja tau. Saya stress masa tu samapi google apa jenis penyakit saya. Sebab saya risau kalau saya ada genetik macam tu. Ya lah..

Sebab saya nak tahu jufa langkah atasi nya. Sebab saya teringat ayah pernah kata yang mak pernah walkin pergi psychiatry for kaunseling sebab dia pernah depression dengan kerja dulu. Ni sedikit sebanyak buat saya risau juga. Tapi akhirnya syukur juga dengan Tuhan.

Kalau saya tak ingat Tuhan, kalau saya asyik fikirkan masalah tu saya yang sakit. Macam2 saya buat supaya saya lebih tenang macam keluar window shopping, olahraga, bershabat dengan orang lain yang boleh menerima saya.

Tapi still saya masih ada kesan kerisauan yang masih tebal wlaupun saya dah ok sikit. Saya jafi lebih berhati-hati bila nak cakap dengan orang, saya mula rasa ragu-ragu dengan orang ada masanya, saya risau orang mengata kat belakang, sekian sahaja lah luahan saya setakat ini.

Saya ingin juga ketahui tahap kesihatan mental saa kat stage mana. Wlaupun sy krja dlm health care service tp berani lagi nak jumpa pakar. Sebab saya risau kalau sampai ke pengetahuan rakan kerja saya mpunyai masalah personaliti mcm ni..

Saya tak nak lah mereka tau sebab mereka akan mula cap saya ada masalah mental pula. Saya memang rasa stress demgam environment saya yang asyik cari salah ka kerja. Saya pernah juga isi form saringan kesihatan mental tp so far ok. Jadi saya nak tahu lah apa masalah kecelaruan mental yang saya hadapu skg?

Saya rangkumkan lebih ringkas, saya tak suka judrmental word, i can not tolerate with rudeness, i always feel that i have been rejected by certain people, no body understand me, no body love me, i have a thought of ending my life because i feel so stress to live.

– NunaV –

Berminat untuk menghantar kisah “perjuangan dalam senyap” anda? Klik di sini

Komentar FB

Komen

%d bloggers like this: