Dari kecil lagi saya sudah dikelilingi suasana yang negatif, Sungguh mengecewakan.Dari kecil lagi orang sudah mengelar saya lelaki lembut, pondan. Sampai la saya masuk sekolah rendah. Apa bila saya di primary 2-6 saya sering digelar sebagai pondan. Which is i hate the word Pondan. Disebabkan selalu dilihat sebagai lelaki lembut saya menjadi pemalu yang teramat dan tidak confident pada diri sendiri. Saya tidak berani pergi ke any family gathering or any event yang dengan orang terdekat, saya sering memberi alasan sebab takut di ejek. Saya juga pernah terhantuk di lantai dengan kuat kerana di tolak oleh seorang rakan.
Semasa saya berumur 9-14 tahun parents saya mula tidak okay. Gaduh, gaduh dan gaduh. Sehingga la ada 1 masa tersebut mereka dua setiap hari bergaduh, gaduh dengan sangat teruk sehingga saya tidak suka ada pergaduhan di sekeliling saya. Setiap kali ada orang bergaduh or menjerit- jerit saya akan jadi sangat takut dan risau, saya bernafas sangat laju. Dan memikirkan apa-apa sahaja tentang pergaduhan yang pernah berlaku setiap hari.
Setiap kali ada pergaduhan berlaku saya akan lari ke tempat yang sunyi or tempat yang lebih ramai orang. Tapi ramai orang sekeliling saya melihat saya happy selalu dan selalu membuat lawak. Tapi saya tidak pernah berhenti risau tentang apa yang akan berlaku.
Ketika umur saya 17 tahun saya rasa saya sangat sukar untuk relax, bernafas dengan pantas kadang kala, tangan bergetar, pening kepala dan kadang-kadang sakit yang kepala yang teramat. Tetapi saya mendiam sahaja kerana tiada orang yang memahami saya.
Semasa saya dan rakan saya bercuti ke Kuching Sarawak. Saya menceritakan dan menyanya kenapa tangan saya tiba-tiba mengeletar tetapi mereka ketawa sahaja. Ini buat saya sangat sedih. Tetapi saya biarkan sahaja.
Saya juga pernah merasa panic attack. Semasa saya menduduki final exam for math saya sangat sangat sukar untuk bernafas, rasa sakit di dada dan ingin sangat untuk menangis tetapi syaa cuba tahan dan tahan nafas dan hembus. Lama kelamaan saya rasa sikit okay.
Sehingga la saya berumur 19 tahun saya pergi ke klinik kesihatan untuk check whether saya ada any mental problem and yes saya ada. I am diagnosed from GAD. And I tell my sister about it and she’s okay and supportive but when i told my parents about it. Mereka langsung tidak faham and saya sangat sedih kerana mereka ingat saya hanya tiada confidence diri dan seorang yang penakut. So i just diam jak and still struggle.
Now i kerja part time as barista and i cakap to 1 of my kawan sekerja about my mental health and dia langsung tidak faham dan dia cakap seperti apa yang parents saya cakap.
Thank you sebab ingin mendengar. I am still struggling and lucky i have some friends are there for me. ?
– Ringo –
Berminat untuk menghantar kisah “perjuangan dalam senyap” anda? Klik di sini