Dissociative Identity

Journey To Recovery: And We Have To Live On

Penulisan ini merupakan sambungan kepada episod sebelum ini:

Journey To Recovery: When Being Strong Is The Only Choice You Have

 

Ikutkan hati, nak nangis puas-puas. Nak meraung nak menjerit kuat-kuat, nak bagitau satu dunia betapa penatnya dengan semua yang jadi. Rasa macam dah tak tahu nak buat apa.

I feel totally lost. Nak ke kanan atau kiri? Depan atau belakang? I’m stuck.

But, I hold that feeling first.

I can’t waste my time anymore. It’s been almost 10 years I’m dealing with this. Nak meratapi bukan ini masanya, walau dalam hati, luluhnya hanya tuhan yang tahu.

Last week, I’ve been admit to psychiatry ward for the second time. Dari minggu lepas sejak masuk wad, rasa nak nangis. Tapi masih tak mampu nak keluarkan air mata sampai hari ni.

Tahu apa yang jadi, Cuma tiada dalam ingatan. Puas recall tapi tak ingat apa-apa. Yang pasti, almost everynight dalam dua minggu lepas episode self-harming berlaku. Almost everynight kaunselor yang incharge untuk take over bila bukan office hour terpaksa datang untuk intervensi, berusaha memujuk dan menyelamatkan keadaan.

Alhamdulillah, ALLAH sebaik-sebaik penjaga.

Semua yang berlaku, tanpa keadaan sedar. Dalam ketika yang rasional ini, wallahi, tak pernah terlintas di hati dan fikiran untuk menamatkan riwayat sendiri. Saya begitu menghargai dan menyayangi nyawa yang diberi oleh Tuhan ini.

Buat En Fitri dan Kak Faezah yang cukup sabar bersama dengan saya di sepanjang tempoh kritikal dua minggu lepas ini, terima kasih saya ucapkan. Terima kasih kerana memahami, terima kasih kerana sudi, terima kasih kerana ada. Saya doakan kamu sentiasa dalam rahmat dan lindungan ALLAH swt.

One night at the ward, it was a nightmare. Cukuplah. Moga itu yang terakhir. Layanan nurse di dalamnya, judgement dari sesetengah doctor, almost setiap masa kena duduk saja di bed kecuali waktu makan, entahlah, rasa sangat tak sihat dan membuatkan emosi yang teruk makin teruk jadinya.

Cukuplah. Moga itu yang terakhir aku jejakkan kaki ke wad psikiatri.
Rasanya, pagi itulah kali pertama saya merayu pada Kak Faezah. Merayu yang sungguh-sungguh. Meminta simpati dan empati. Meminta difahami gelodak di hati. Merayu meminta beliau menyakinkan Doktor untuk membenarkan saya pulang.

Diminta untuk bertenang dan tidak menunjukkan emosi sewaktu berhadapan dengan doctor. Aku gagahkan hati. Yang penting, boleh segera keluar dari wad itu pagi itu juga. Ye, aku akur dengan keadaan yang sangat kritikal waktu itu. Tapi kalau stay dalam wad, tiada treatment psikoterapi yang sepatutnya itulah yang paling diperlukan sebenarnya,how can I improve myself?

Entahlah, dengan beberapa isu yang aku sendiri pun tak pasti apa sebenarnya, aku decide untuk ke KL. Cuba untuk memulakan kembali rawatan psikoterapi dengan Clinical Psychologist yang pernah ditemui dahulu.

Itulah janji aku pada doctor sebelum dibenarkan discharge dari wad.
Pihak hospital meminta universiti untuk menghantar aku pulang ke rumah. Dan dalam tempoh dua minggu MC ini, aku tidak dibenarkan untuk berada di UUM.

Entahlah.

Susah nak cakap. Orang tak faham keadaan sepenuhnya. Yang mereka nampak, waktu krtikal beberapa malam itu saja. Susah payah kita yang kena struggle sorang-sorang lepas dah balik rumah? Ye lah, itu bukan urusan universiti lagi. Dan mereka pun ada limit dalam membantu. Dan mereka ada prosedur yang harus dipatuhi.

Saya akur saja dengan semua itu. Alihnya, hanya mampu memendam rasa saja. Follow the flow. Tidak mahu mengeruhkan keadaan dan berdoa moga Allah tunjukkan jalan yang terbaik.

I need psychotherapy session very much right now.

CP yang dulu, setiap kali sesi RM300. Mana nak cekau duit banyak tu? Nak tunggu hospital refer ke KL, alamatnya tunggulah beberapa minggu lagi, entah-entah berbulan. Bukannya boleh selesai dalam sehari dua urusan hospital kerajaan ni. Waiting list yang menunggu sudahlah ramai, CP yang ada amatlah terhad. Tak rasa boleh direfer segera dalam tempoh terdekat ini.

Nak tangguh pengajian? Sorry, I don’t want.

Cubalah fahami keadaan saya. No enough rest can cure this illness. I need to go back and learn to manage the symptoms there. Di rumah, mosty tidak akan ada trigger apa-apa. So, akan ok lah. Tapi, keadaan ini hanya buang masa sahaja.

Tangguh 10 tahun pun, kalau begini keadaanya, tiada jaminan untuk saya pulih.

Cukuplah, sudah hampir 10 tahun. Saya mahu segera menamatkan pengajian. Mahu bekerja, dan memliki wang sendiri. Target saya, untuk cepat-cepat ada sumber pendapatan dan kenderaan sendiri. Mudahlah sedikit untuk saya dapatkan rawatan.

Both of my parents, they just okay. Tapi masih belum memahami sepenuhnya. Dan saya tak nak bazirkan masa untuk explain lagi. I’m just too exhausted. Pulang ke rumah dihantar oleh universiti ini pun dikata saja menyusahkan dan saja mahu meraih perhatian orang.

Terhirisnya hati, tuhan saja yang tahu.

Tapi lebih memilih untuk ignore dahulu.

Kalau ada yang sanggup duduk dan luangkan masa serta telinga untuk saya sebentar pada waktu ini, saya yakin, saya akan menangis sungguh-sungguh. Kalau awak perempuan, saya akan peluk erat-erat. Kalau awak lelaki, cukuplah duduk temankan seketika saya yang sedang mahu melepaskan tangisan ini.

Kalau ada yang mengetahui keadaan saya waktu ini, i really wish you can always keep on updating me. Keep in touch with me, always asking me whether I am fine or not. If I said, I’m just fine, actually I am not.

When I reach out, that mean you are the most person that I trust. Do not judge me. Just come to me, talk to me, persuade me, tell me that Im loved, and i am strong enough to face all this.Or, just simply be there, and stay with me until I feel okay.

I dont want

Buat Kak Faezah dan En Fitri, saya mohon, tetaplah setia menjadi orang yang paling memahami keadaan saya walaupun sekeliling kita sangat kuat dihentam itu dan ini. Kalianlah penguat semangat saya waktu ini.

Buat ma dan ayah, doakan lah kakak. Kalian tidak dapat mengerti, tidak mengapa. Kakak tak marah pun, Tapi cukuplah doakan kakak sentiasa kuat. InshaALLAH dengan doa yang paling ALLAH muliakan ini, kakak akan terus kuat melangkah.

Buat aku, sabarlah, kuatlan, bertahanlah.

Everythings gonna be just fine. InshaALLAH tiap yang berlaku ada hikmahNya. Yakinlah, ALLAH menguji insan yang mampu. Setiap ujianNya tidak lain dan tidak bukan adalah tanda kasih dan sayangnya pada kita.

Akurlah pada ketentuan ilahi, dan jangan sesekali berputus asa.

InshaALLAH, SEMUANYA AKAN BAIK-BAIK SAHAJA.

– Johana –

Berminat untuk menghantar kisah “perjuangan dalam senyap” anda? Klik di sini

Komentar FB

Komen

%d bloggers like this: